AKADEMI TAHFIZ HALIMATUN SAADIAH

Dimulakan pada Jul 20, 2021

INFAQ SUBUH ATHUS

RM3,283 / 109.43 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000

194 Penyumbang

Kempen Berjaya

Kongsi:

Tentang Kempen

Infaq selepas Subuh mempunyai ganjaran istimewa di sisi Allah Taala dan didoakan oleh malaikat agar diberkati rezeki.

Assalamualaikum wrb..


Para tetamu Allah yang dimuliakan,


Akademi Tahfiz Halimatun Saadiah (ATHUS) merupakan sebuah institusi tahfiz yang berdaftar di bawah Jabatan Hal Ehwal Agama Negeri Terengganu (JHEAT.03-018/14/208). Sejak penubuhannya pada 05 Januari 2018, ATHUS beroperasi di sebuah rumah banglo yang diinfaqkan oleh seorang dermawan budiman. Alhamdulillah kini ATHUS mempunyai seramai hampir 30 orang pelajarnya, dan pihak pengurusan ATHUS telah banyak membuat penambahbaikan dan pengubahsuaian untuk memberi keselesaan dan suasana yang kondusif dan komprehensif kepada pelajar bagi merealisasikan visi dan misi ATHUS di masa akan datang.


Sebagai makluman tambahan, pihak pengurusan ATHUS mengamalkan sistem Infaq Yuran bagi setiap pelajar yang hadir, iaitu ibu bapa atau penjaga hanya perlu membayar sekurang-kurangnya untuk perbelanjaan makan dan minum pelajar sahaja terutama bagi yang mampu. Jika ahli keluarga pelajar kurang berkemampuan, pihak pengurusan bertimbang rasa menerima pelajar untuk belajar secara percuma atau melalui Program Anak Angkat, iaitu pelajar tersebut dibiayai oleh individu yang bertuah dan berkemampuan.


Sehubungan dengan itu, seperti para tetamu Allah sedia maklum wabak Covid 19 melanda seluruh dunia dan ATHUS juga agak terkesan dengan keadaan tersebut sehingga menyebabkan pusat pengajian terpaksa ditutup dan ditangguhkan beberapa kali. Namun begitu, pihak pengurusan ATHUS mencari ikhtiar dan inisiatif lain dengan meneruskan pengajian secara atas talian untuk memastikan hafazan dan bacaan al-Quran pelajar tidak terhenti dan terputus.


Oleh hal yang demikian, perbelanjaan untuk menampung kos pengurusan guru dan staf tidak berhenti dan berjalan seperti biasa. Para tetamu Allah yang dikasihi, kami pihak pengurusan amatlah menghargai dan dengan rendah hati berterima kasih kepada semua yang sudi untuk berkongsi dengan kami lebihan harta dan rezeki yang dikurniakan oleh Allah Taala untuk sama-sama membantu kami meneruskan perjuangan untuk melahirkan modal insan yang berpotensi tinggi dan berwibawa di masa akan datang.


Akhir kata, kami doakan para tetamu Allah yang sudi bersama kami agar diberkahi rezeki dan dilipatkaligandakan ganjaran dan saham di akhirat. Mudah-mudahan segala amal kebaikan dan sedekah jariah kita berjalan senantiasa dan diterima oleh Allah Taala. Wallahu a’lam.

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Tiada doa

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jul 22, 2021

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM25.00

Jul 22, 2021

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM15.00

Jul 22, 2021

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jul 21, 2021

Kempen Sumbangan Tamat