Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Buat carian Kempen
RM500 / 16.67 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000
28 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Dengan penuh keikhlasan, kami mengingatkan diri kami tentang keutamaan fajar, masa ketika langit masih malu-malu membuka pintunya untuk menyambut cahaya pertama dari matahari. Dalam keheningan ini, di mana doa malaikat subuh akan diijabah di hadapan Yang Maha Mendengar.


“Tidak ada satu subuh-pun yang dialami hamba-hamba Allah kecuali turun kepada mereka dua malaikat. Salah satu di antara keduanya berdoa: “Ya Allah, berilah ganti bagi orang yang berinfaq”, sedangkan yang satu lagi berdoa “Ya Allah, berilah kerusakan bagi orang yang menahan (hartanya).” (Hadis Riwayat Bukhari 5/270)

Tidak ada kebaikan yang terlalu kecil di sisiNya, begitu juga dengan berinfaq pagi yang kita lakukan. InshaAllah Asar Humanity berkomitmen sepenuhnya untuk menjadi perantara dalam menyampaikan amanah sedekah kepada pelajar tahfiz yatim dan miskin. Sebagaimana sabda Rasulullah SAW:
"Sedekah yang paling utama adalah memberi makan" (Hadis Riwayat Bukhari)

Kami percaya bahawa dengan menyediakan makanan berkhasiat, kami juga memberi mereka tenaga untuk perjalanan rohani dan pendidikan mereka. Mulakan dengan sumbangan RM10 untuk menyediakan makanan lazat siap masak dan air minuman yang berkualiti kepada pelajar tahfiz yatim yang miskin.

InshaAllah kebaikan ini adalah pelaburan yang tidak ternilai, yang akan terus memberikan pulangan berganda. Semoga Allah memberikan keberkahan dan pahala yang melimpah kepada anda serta keluarga. Jazakumullah khairan.
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Assalamu'alaikum Tuan dan Puan,
Semoga Allah sentiasa melindungi kamu sekeluarga serta memberkati kamu dengan rahmat dan keampunanNya.
Alhamdulilah, ala kulli haal, pasukan Asar Humanity telah berjaya menyampaikan bantuan daripada Tuan Puan berupa makanan siap santap untuk 35 orang pelajar mahaad Rumah Tahfidz Asqaf 11 Bogor.
Selain itu bantuan makanan siap masak juga diberikan kepada pelajar Mahaad Miftahul Hidayah yang berada di Rancabungur, Bogor.
Barakallahu fiikum Tuan dan Puan. Alhamdulillah pelajar maahad tahfiz dapat menyantap makanan lazat penuh berkhasiat.
Terima kasih untuk para penyumbang yang telah memberikan bantuan, semoga dari bantuan makanan ini yang diberikan bisa menjadi amal jariah dan peringan hisab di akhirat nanti.
Hanya Allah SWT yang dapat membalas setiap kebaikan yang telah dilakukan dan menjadikan sedekah ini sebagai ladang pahala, keberkatan dan rezeki yang akan terus berlipat ganda di sisi-Nya. Jazakumullah khairan ahsanal jazaa.
Berkongsi kebahagiaan lebih luas lagi untuk saudara yang membutuhkan melalui Asar Humanity:
https://sumbangan.com/penganjur/asar-humanity





Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
May 05, 2024
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM20.00
May 03, 2024
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM50.00
May 03, 2024
MOHD SHAH AMIRUL BIN ANUAR
Menyumbang sebanyak RM10.00
May 03, 2024
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
May 03, 2024