PERTUBUHAN RAUDHAH RIZQ

Dimulakan pada Feb 22, 2023

INFAQ PEMBINAAN SURAU KAMPUNG DI PEDALAMAN SABAH

RM11,051 / 22.10 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM50,000

546 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Tujuan kempen dijalankan adalah untuk mengumpul dana bagi pembelian tanah untuk membina surau di Kampung Suang Kina Kota Belud Sabah di mana kampung ini tidak mempunyai walaupun sebuah surau.


Latar belakang Tapak Pembinaan Surau Kg Suang Kina


Kg Suang Kina merupakan sebuah kampung yang terletak di pedalaman, Kota Belud, Sabah. Terdapat anggaran seramai 1000 orang yang keseluruhannya beragama Islam tinggal di kampung ini. Selama ini penduduk kampung di sini menggunakan sebuah tempat yang dianggap sebagai surau sementara untuk tujuan solat berjemaah dan aktiviti keagamaan yang lain di atas tapak tanah milik persendirian. Disebabkan itu, maka timbul keperluan kepada sebuah tempat ibadat khas untuk kegunaan para penduduk.



𝑃𝑒𝑛𝑑𝑢𝑑𝑢𝑘 𝑃𝑒𝑑𝑎𝑙𝑎𝑚𝑎𝑛 𝐾𝑜𝑡𝑎 𝐵𝑒𝑙𝑢𝑑 𝑦𝑎𝑛𝑔 𝑚𝑒𝑛𝑔𝑎𝑑𝑎𝑘𝑎𝑛 𝑘𝑒𝑙𝑎𝑠 𝑇𝑎𝑘𝑚𝑖𝑟


Rasulullah SAW bersabda :


''𝑆𝑒𝑠𝑖𝑎𝑝𝑎 𝑦𝑎𝑛𝑔 𝑚𝑒𝑚𝑏𝑖𝑛𝑎 𝑚𝑎𝑠𝑗𝑖𝑑 𝑘𝑒𝑟𝑎𝑛𝑎 𝐴𝑙𝑙𝑎ℎ, 𝐴𝑙𝑙𝑎ℎ 𝑚𝑒𝑚𝑏𝑖𝑛𝑎 𝑏𝑎𝑔𝑖𝑛𝑦𝑎 𝑟𝑢𝑚𝑎ℎ 𝑑𝑖 𝑠𝑦𝑢𝑟𝑔𝑎 𝑘𝑒𝑙𝑎𝑘 (𝑏𝑖𝑛𝑎𝑎𝑛) 𝑠𝑒𝑢𝑚𝑝𝑎𝑚𝑎𝑛𝑦𝑎.” (Hadis Riwayat Muslim)



𝑇𝑎𝑝𝑎𝑘 𝑦𝑎𝑛𝑔 𝑎𝑘𝑎𝑛 𝑑𝑖𝑏𝑎𝑛𝑔𝑢𝑛𝑘𝑎𝑛 𝑠𝑒𝑏𝑢𝑎ℎ 𝑠𝑢𝑟𝑎𝑢 𝑢𝑛𝑡𝑢𝑘 𝑝𝑒𝑛𝑑𝑢𝑑𝑢𝑘 𝑘𝑎𝑚𝑝𝑢𝑛𝑔 𝑑𝑖 𝑠𝑖𝑛𝑖


𝐀𝐧𝐝𝐚 𝐫𝐚𝐬𝐚 𝐭𝐚𝐤 𝐦𝐮𝐬𝐭𝐚𝐡𝐢𝐥 𝐤𝐞 𝐈𝐬𝐥𝐚𝐦 𝐚𝐤𝐚𝐧 ‘𝐝𝐢𝐩𝐚𝐧𝐝𝐚𝐧𝐠 𝐬𝐞𝐩𝐢’ 𝐤𝐚𝐥𝐚𝐮 𝐤𝐢𝐭𝐚 𝐬𝐞𝐛𝐚𝐠𝐚𝐢 𝐮𝐦𝐚𝐭 𝐈𝐬𝐥𝐚𝐦 𝐬𝐞𝐧𝐝𝐢𝐫𝐢 𝐭𝐚𝐤 𝐚𝐦𝐛𝐢𝐥 𝐩𝐞𝐝𝐮𝐥𝐢 𝐤𝐞𝐦𝐚𝐡𝐮𝐚𝐧 𝐬𝐚𝐮𝐝𝐚𝐫𝐚 𝐤𝐢𝐭𝐚 𝐝𝐢 𝐬𝐚𝐧𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐡𝐚𝐧𝐲𝐚 𝐦𝐚𝐡𝐮𝐤𝐚𝐧 𝐭𝐞𝐦𝐩𝐚𝐭 𝐛𝐞𝐫𝐢𝐛𝐚𝐝𝐚𝐡?



Keperluan yang mendesak terhadap kewujudan sebuah tempat beribadah seperti surau yang sesuai bagi membangun dan menghidupkan roh keagamaan bersifat kerohanian yang boleh menjadi tunjang dan pedoman hidup Islam di dalam kampung ini. Jadi, bila adanya surau khas ini nanti akan menarik dan menggalakkan individu Islam ke arah mendekatkan diri dengan agama di samping memupuk serta membina akhlak yang baik.


Dana Bantuan Pembinaan Surau Al-Raudhah Kg Suang Kina, Sabah


Lokasi tapak pembinaan merupakan kawasan tanah yang akan dibeli di kampung tersebut. Tapak ini seluas dalam anggaran 44,000 persegi dan berkedudukan strategik di tengah-tengah kawasan kampung.



Namun, bagi pembinaan surau baru ini memerlukan kos yang sangat tinggi kerana harga untuk pembelian tanah wakaf yang kami dah dapatkan adalah berjumlah RM150,000 yang perlu diselesaikan sebelum hujung April 2023 dan anggaran kos untuk pembinaan surau ini pula adalah dianggarkan sebanyak RM2,000,000 yang ingin kami dapatkan sebelum Disember 2023.


Inilah bantuan yang pihak Raudhah Rizq perlukan tahun 2023 kerana kami sendiri tak mampu menanggung kos yang tinggi ini. Impian kami adalah untuk menyediakan tempat beribadah yang lebih selesa buat umat Islam yang tinggal di kawasan pedalaman ini agar mereka juga dapat mengadakan aktiviti keagamaan dan kemasyarakatan dengan sebaiknya.


Jom Bantu Usaha Raudhah Rizq


Justeru itu, pihak Raudhah Rizq dengan rendah hati ini memohon rayuan daripada tuan dan puan yang budiman di luar sana untuk bersama bagi membeli tanah wakaf dan membangunkan sebuah surau dengan harapan dapat memudahkan sebarang aktiviti keagamaan dan kemasyarakatan dapat dijalankan dengan sebaiknya dan selesa buat penduduk di sini.


Selain itu, dengan dana ini juga kami akan gunakan untuk pembelian prasarana bengunan dan kelengkapan yang lebih berkualiti untuk memudahkan buat penduduk di Kampung Suang Kina ini sekaligus memberi keselesaan kepada mereka.



𝐴𝑘𝑡𝑖𝑣𝑖𝑡𝑖 𝑘𝑜𝑟𝑏𝑎𝑛 𝑑𝑎𝑛 𝑘𝑒𝑙𝑎𝑠 𝑚𝑒𝑛𝑔𝑎𝑗𝑖 𝑝𝑒𝑟𝑐𝑢𝑚𝑎 𝑢𝑛𝑡𝑢𝑘 𝑚𝑢𝑎𝑙𝑎𝑓 𝑦𝑎𝑛𝑔 𝑑𝑖𝑗𝑎𝑙𝑎𝑛𝑘𝑎𝑛 𝑜𝑙𝑒ℎ 𝑝𝑒𝑛𝑑𝑢𝑑𝑢𝑘 𝐾𝑎𝑚𝑝𝑢𝑛𝑔 𝐵𝑒𝑙𝑢𝑑



𝑃𝑒𝑛𝑑𝑢𝑑𝑢𝑘 𝑘𝑎𝑚𝑝𝑢𝑛𝑔 𝑔𝑜𝑡𝑜𝑛𝑔-𝑟𝑜𝑦𝑜𝑛𝑔 𝑚𝑒𝑚𝑏𝑎𝑛𝑔𝑢𝑛𝑘𝑎𝑛 𝑑𝑎𝑛 𝑚𝑒𝑚𝑝𝑒𝑟𝑏𝑎𝑖𝑘𝑖 𝑡𝑒𝑚𝑝𝑎𝑡 𝑠𝑜𝑙𝑎𝑡 𝑠𝑒𝑚𝑒𝑛𝑡𝑎𝑟𝑎 𝑚𝑒𝑟𝑒𝑘𝑎


In shaa Allah, dengan sekecil RM100 daripada tuan dan puan dibalas dengan sebesar-besar ganjaran daripada Allah SWT. Firman Allah SWT:


𝐻𝑎𝑛𝑦𝑎 𝑦𝑎𝑛𝑔 𝑙𝑎𝑦𝑎𝑘 𝑚𝑒𝑚𝑎𝑘𝑚𝑢𝑟𝑘𝑎𝑛 (𝑚𝑒𝑛𝑔ℎ𝑖𝑑𝑢𝑝𝑘𝑎𝑛) 𝑚𝑎𝑠𝑗𝑖𝑑-𝑚𝑎𝑠𝑗𝑖𝑑 𝐴𝑙𝑙𝑎ℎ 𝑖𝑡𝑢 𝑖𝑎𝑙𝑎ℎ 𝑜𝑟𝑎𝑛𝑔-𝑜𝑟𝑎𝑛𝑔 𝑦𝑎𝑛𝑔 𝑏𝑒𝑟𝑖𝑚𝑎𝑛 𝑘𝑒𝑝𝑎𝑑𝑎 𝐴𝑙𝑙𝑎ℎ 𝑑𝑎𝑛 ℎ𝑎𝑟𝑖 𝑎𝑘ℎ𝑖𝑟𝑎𝑡 𝑠𝑒𝑟𝑡𝑎 𝑚𝑒𝑛𝑑𝑖𝑟𝑖𝑘𝑎𝑛 𝑠𝑒𝑚𝑏𝑎ℎ𝑦𝑎𝑛𝑔 𝑑𝑎𝑛 𝑚𝑒𝑛𝑢𝑛𝑎𝑖𝑘𝑎𝑛 𝑧𝑎𝑘𝑎𝑡 𝑑𝑎𝑛 𝑡𝑖𝑑𝑎𝑘 𝑡𝑎𝑘𝑢𝑡 𝑚𝑒𝑙𝑎𝑖𝑛𝑘𝑎𝑛 𝑘𝑒𝑝𝑎𝑑𝑎 𝐴𝑙𝑙𝑎ℎ, (𝑑𝑒𝑛𝑔𝑎𝑛 𝑎𝑑𝑎𝑛𝑦𝑎 𝑠𝑖𝑓𝑎𝑡-𝑠𝑖𝑓𝑎𝑡 𝑦𝑎𝑛𝑔 𝑡𝑒𝑟𝑠𝑒𝑏𝑢𝑡) 𝑚𝑎𝑘𝑎 𝑎𝑑𝑎𝑙𝑎ℎ 𝑑𝑖ℎ𝑎𝑟𝑎𝑝𝑘𝑎𝑛 𝑚𝑒𝑟𝑒𝑘𝑎 𝑚𝑒𝑛𝑗𝑎𝑑𝑖 𝑑𝑎𝑟𝑖 𝑔𝑜𝑙𝑜𝑛𝑔𝑎𝑛 𝑦𝑎𝑛𝑔 𝑚𝑒𝑛𝑑𝑎𝑝𝑎𝑡 𝑝𝑒𝑡𝑢𝑛𝑗𝑢𝑘. (Surah al-Taubah: 18)


Jika terdapat pertanyaan, kemusykilan mahupun aduan, tuan-tuan dan puan-puan yang dermawan boleh terus berhubung dengan pihak yang menguruskan kempen pembinaan surau di Kg Suang Kina, Kota Belud, Sabah, Puan Nurul 0189794627 atau tuan-tuan dan puan-puan boleh menziarah terus ke alamat: Kg Suang Kina, 89158 Kota Belud, Sabah.


Semoga pahala jariah sentiasa mengalir kepada para penyumbang selagi mana surau yang bakal dibina ini digunakan untuk beribadat dan tujuan yang bermanfaat.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jan 26, 2024

AZRULIZAM BIN ALI

Menyumbang sebanyak RM10.00

Dec 22, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM100.00

Oct 27, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM100.00

Oct 13, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Oct 13, 2023

Kempen Sumbangan Tamat