KELAB KOMUNITI JOM BANTU SABAH

Dimulakan pada Jan 01, 2023

INFAQ DAN SUMBANGAN TABUNG PRIHATIN

RM3,250 / 6.50 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM50,000

201 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

1 daripada 5 isi rumah Sabah adalah miskin! Ayuh kita bersama membantu meringankan bebanan mereka dengan berkongsi rezeki. "Rezeki terbuka luas. Hidup lebih berkat"


Pertubuhan Kelab Komuniti Jom Bantu Sabah (Jom Bantu) merupakan sebuah Pertubuhan Kebajikan yang berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan Malaysia dengan No. Pendaftaran PPM-021-12-09112020 Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang berorientasikan kebajikan dan kemanusiaan.


Di awal penubuhan, iaitu melalui laman sosial facebook JomBantuOfficial pada tahun 2014, matlamat utamanya adalah lebih kepada perkongsian maklumat crowdfunding bagi membantu mendapatkan penyumbang kepada yang memerlukan dana seperti keperluan, kecemasan, perubatan dan usaha kemanusiaan serta juga diselitkan beberapa info dan berita. Alhamdulillah, pada penghujung tahun 2020 ianya didaftarkan secara rasmi melalui Pendaftar Pertubuhan Malaysia.





Infaq dan sumbangan tabung prihatin adalah tabung utama Jom Bantu untuk orang ramai berkongsi rezeki. Justeru, Jom Bantu ingin mengajak masyarakat prihatin untuk turut serta menghulurkan sumbangan seikhlas hati bagi menjayakan kempen ini. Tabung prihatin ini diperlukan bagi bertujuan untuk keperluan, kecemasan, perubatan dan usaha kemanusiaan.


“Semoga Allah memberkahimu dalam keluarga dan hartamu.” (HR. Bukhari)



Lokasi sumbangan ini akan disalurkan di kawasan pedalaman Sabah. Untuk pengetahuan, Sabah mencatatkan jumlah kemiskinan mutlak tertinggi di Malaysia (19.5%), jauh lebih tinggi dari jumlah kemiskinan mutlak Malaysia (5.6%). Kemiskinan mutlak adalah keadaan di mana pendapatan isi rumah tidak mencukupi untuk menampung keperluan hidup asas iaitu makanan, perlindungan dan pakaian. Oleh itu, kami menggerakkan kempen Infaq Dan Sumbangan Dana Tabung Prihatin ini untuk diagihkan kepada golongan memerlukan di pedalaman Sabah.



Harapan Jom Bantu terhadap kempen ini agar lebih ramai masyarakat prihatin yang turut serta menyumbang dana bagi menjayakan kempen ini. Inisiatif dana terkumpul dari kempen ini akan disalurkan kepada golongan fakir dan miskin dari kalangan saudara kita di pedalaman Sabah termasuklah:


1. Anak yatim

2. Ibu tunggal

3. Pesakit kronik

4. Warga emas

5. Orang kurang upaya

6. Bencana alam dan kebakaran



Jumlah sasaran yang diperlukan adalah sebanyak RM150,000. Namun, di peringkat permulaan ini kami sasarkan RM50,000 termasuk kos pemasaran, pelaksanaan kempen di platform sumbangan.com.


“Sesungguhnya sedekah memadamkan kemarahan Tuhan dan melindungi dari kematian yang mengerikan.” (Tirmidzi)


Ayuh kita bersama membantu meringankan bebanan mereka dengan berkongsi rezeki.


"Seikhlas Tangan Yang Menghulur"


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Nov 26, 2023

SALEHUDIN DAN KELUARGA

Menyumbang sebanyak RM25.00

Nov 24, 2023

MOHAMED ILYAS BIN HASAN

Menyumbang sebanyak RM10.00

Nov 05, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Nov 04, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM50.00

Oct 27, 2023

Kempen Sumbangan Tamat