BAKUL INSANI RAMADHAN ASNAF DAN FAKIR MISKIN

RM7,985 / 17.74 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM45,000

369 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Dalam menyambut bulan Ramadhan yang mulia ini, jom kita bersedekah membantu asnaf yang tidak berkemampuan menyediakan juadah berbuka buat keluarga. Ayuh bantu mereka!


Assalamualaikum wbt. Bulan Ramadhan adalah bulan kebajikan dan keampunan. Marilah kita mengimarahkannya dengan melakukan sebanyak-banyak amal jariah yang dituntut di dalam kebaikan dan kita tunaikan semuanya dengan penuh tawaduk. Bersedekah, menderma atau menginfaqkan wang ringgit dan harta benda kepada mereka yang memerlukan seperti fakir miskin, golongan asnaf, saudara baru dan para mujahadah adalah antara amalan yang sangat dituntut Allah SWT. Amatlah rugi sekiranya fadhilat Ramadhan dipersiakan begitu sahaja.



Alhamdulillah, atas dasar kemanusiaan, Pertubuhan Skuad B40 Wanita dan Keluarga Kuala Lumpur dan Selangor (SKUAD B40) menganjurkan satu program kemasyarakatan bagi menyahut seruan kerajaan dalam berjihad membasmi kemiskinan tegar dan kemiskinan bandar dalam memperjuangkan tuntutan agama, yang telah membuka satu minda baru ke arah menjadikan Malaysia sebuah negara maju dan makmur.



Usaha murni amatlah memerlukan sokongan orang ramai dalam memastikan nasib golongan asnaf dan miskin tegar ini mendapat pembelaan sewajarnya dan tidak tercicir dari sebarang aktiviti kebajikan dan dakwah yang telah digariskan. Golongan ini merupakan sebahagian dari masyarakat kita yang memerlukan sokongan moral dan fizikal yang menjadi tanggungjawab kita fisabilillah sebagai umat Islam dalam konteks pembangunan ummah dan melahirkan generasi yang berakhlak mulia dan berwibawa waima dihimpit kemiskinan keluarga.




Sesungguhnya Ramadhan adalah bulan latihan implementasi yang bakal mencetuskan momentum untuk kebaikan. Semoga ianya berterusan sepanjang tahun di bulan-bulan yang lain. Bersedekah, menderma atau menginfaqkan wang ringgit dan harta benda kepada mereka yang memerlukan seperti fakir miskin, golongan asnaf, saudara baru dan para mujahadah adalah antara amalan mulia.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

YUSNIATI BINTI YUSOF

Menyumbang sebanyak RM10.00

Apr 17, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Apr 17, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Apr 16, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Apr 16, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM25.00

Apr 16, 2023

Kempen Sumbangan Tamat