ANDA INSAN KIRIMAN TUHAN BANTU ASNAF SANDAKAN SABAH BINA MADRASAH

RM4,624 / 1.85 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM250,000

149 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Bina generasi modal insan celik Al-quran untuk anak-anak asnaf Sabah. Jangan pinggirkan kami.

PROJEK PEMBINAAN ASRAMA , KANTIN DAN PEJABAT PENGURUSAN PUSAT TAHFIZ WADI SYUIB, KG. BONGGAYA BARU, BATU SAPI SANDAKAN, SABAH.



A. PENGENALAN 






Madrasah impian kami hanya sekolah papan kayu. Banjir dilanda bah air itu biasa. 

Setiap kali banjir sampah sarap kelihatan di merata-rata. Kesusahan bukan penghalang.

Jauh sekali menolak ketentuan Illahi. Apa yang kami resah jiwa, anak-anak buta Al-Quran…


 

Penempatan kami jauh dari kepesatan pembangunan. Kebanyakkan penduduk bekerja sebagai nelayan. Islam agama kami terdiri dari pelbagai bangsa. Demi cintakan Allah dan sayangkan Rasul, kami tekad untuk membina madrasah. Kami mahu anak-anak menjadi generasi celik Al-Quran. Kami yakin Allah SWT sebaik-baik penolong dan pengatur. 


           

B.  MISI & VISI PUSAT TAHFIZ AL-QURAN WADI SYUIB



Pusat Tahfiz Al-Quran Wadi Syuib di namakan berdasarkan keadaan penempatan di situ. Wadi bermaksud lembah dan Syuib bermaksud berair. Kami ingin memajukan taraf sosial, pendidikan, keimanan dan jati diri anak-anak asnaf demi menjadikan mereka modal insan cemerlang berdasarkan slogan berilmu, beriman, beramal dan akhlak. Pihak kami mahu menjadi satu organisasi pengurusan yang mantap dengan menyediakan kemudahan yang selesa, selamat dan pembangunan sekitar yang cantik dikampung ini.



Untuk mencapai misi dan visi di atas, semua ahli JawatanKuasa lantikan dan Pejabat Agama Islam Sabah berkerjasama memantau & menggerakkan projek madrasah bersama penduduk kampung seperti di dalam perkara-perkara berikut :


1.Bantuan pendidikan percuma anak-anak asnaf yang berkelayakkan.


2. Menyediakan tempat makan/minum dan penginapan asrama secukupnya.


3. Menyediakan pakaian seragam dan lencana sekolah.

4. Mewujudkan kawasan persekitaran madrasah yang utamakan keselamatan dan 
keselesaan dengan ruang istirehat menarik untuk pelajar. 


5. Mengatur dan melaksanakan program amal maaruf  melalui pendidikan, pusat perkembangan dakwah, khairat-kebajikan dan bantuan golongan yang memerlukan untuk pelajar, penduduk setempat dan orang luar yang mahu berbakti bersama kami menjadikan PTAWS sebagai ladang saham akhirat.



C. FASA PROJEK TERKINI & PERKEMBANGAN  PTAWS


Atas sumbangan rakyat Malaysia yg prihatin, kami berjaya memulakan fasa awal pembinaan 
madrasah. Sikit-sikit lama-lama siap dibina. Allah Ya Rahman membuka hati insan budiman yang sama-sama perjuangkan projek madrasah PTAWS.

            


Berikut gambaran  perkembangan terkini untuk tatapan anda. 











Kerja-kerja pembinaan adalah secara sukarela oleh penduduk kampung yang mahir bertukang. Semasa dalam fasa pembinaan, pihak kami menerima kunjungan dari individu dan berkumpulan yang prihatin melihat perkembangan projek ini. Pihak kami menerima sumbangan wakaf dan amanah untuk menyalurkan bantuan kepada penduduk kampung di sini. Majlis doa selamat dan tahlil diadakan bila  setiap projek fasa binaan madrasah siap dibina khas untuk penyumbang budiman sebagai hadiah dan penghargaan. Nescaya,  Allah memberkati perjuangan kita jihad ke jalan-NYA. Aamiin.

 

Oleh demikian, untuk menyiapkan sepenuhnya projek madrasah ini, kami menyeru sahabat amal Malaysia yang prihatin untuk terus memberi sokongan bantuan dana bagi fasa seterusnya untuk binaan, kelengkapan dan pengurusan untuk pejabat &madrasah, sistem keselamatan, tandas, asrama, wakaf istirehat, kantin dan kepungan banjir. Bersama kita mengumpul saham akhirat. Doa kami dan anak-anak mengiringi anda semua yang budiman hingga ke akhirat selagi ada bulan dan matahari. Mereka tak sabar nak belajar!  Terima Kasih.           

 

Firman Allah SWT yang bermaksud: “Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertakwa dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan. Dan bertakwalah kepada Allah kerana sesungguhnya Allah maha berat azab seksa-Nya (bagi sesiapa yang melanggar perintah-Nya).” (Surah al-Ma’idah, ayat 2).



Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Apr 18, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Apr 17, 2022

MUHAMAD NASIR BIN ABDUL RAZAK

Menyumbang sebanyak RM25.00

Apr 10, 2022

NUR

Menyumbang sebanyak RM50.00

Feb 23, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM50.00

Dec 08, 2021

Kempen Sumbangan Tamat