Yayasan EZ Prihatin

Dimulakan pada Mar 18, 2021

KAMI PRIHATIN DAN SAYANG FASA 1

RM6,155 / 102.58 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM6,000

99 Penyumbang

Kempen Berjaya

Kongsi:

Tentang Kempen

“Kami terpaksa berhutang beras untuk anak-anak muallaf jagaan kami.”-Pengasas Rumah Penjagaan Nur Hidayah.Tuan/Puan, anak-anak ini adalah anak-anak kita semua.Seperti mana kita sedaya upay

"Kami terpaksa berhutang beras untuk anak-anak muallaf jagaan kami.-Pengasas Rumah Penjagaan Nur Hidayah.


Tuan/Puan, anak-anak ini adalah anak-anak kita semua. 

Seperti mana kita sedaya upaya menyediakan makan minum untuk darah daging kita, sudilah kiranya Tuan/Puan menghulur tangan buat anak-anak ini juga.


Tahukah Tuan/Puan?

Dalam memenuhi harapan anak-anak ini, Allah akan memenuhi setiap hajat kita.

Dalam menyantuni keperluan anak yatim ini, Allah mengurniakan nikmat paling besar seorang hambaNYa, iaitu sebuah ketenangan dalam kehidupan.


Sepertimana dalam sabda Nabi Muhammad; 

"Bila engkau ingin agar hati menjadi lembut, damai dan mencapai keinginanmu, sayangilah anak yatim, usaplah kepalanya, dan berilah dia makanan seperti yang engkau makan. Bila itu engkau lakukan, hatimu akan tenang serta lembut dan keinginanmu akan tercapai." (HR Thabrani)


Tuan/Puan,

40 buah rumah perlindungan memerlukan ihsan Tuan/Puan. 

Hampir 1000 anak yatim amat memerlukan bantuan Tuan/Puan.


Bayangkan jika anak-anak ini adalah anak-anak kita, cucu-cucu kita.

Bantu kami dalam menyalurkan sumbangan bahan basah seperti ikan, ayam dan daging untuk keperluan harian mereka. Bukan untuk bermewah, hanya sekadar untuk kelangsungan hidup sahaja. 


Jom sama-sama kita rebut saham akhirat melalui projek ini

Seperti janji Allah untuk hambaNYa, setiap sedekah itu akan dibalas berlipat kali ganda di akhirat.

Kami doakan semoga setiap ringgit Tuan/Puan yang disedekahkan untuk mereka menjadi jambatan Tuan/Puan meraih syurga Allah.


Anjuran bersama Persatuan Pengguna Islam (PPIM), Yayasan EZ Prihatin, Muslim Volunteer Malaysia (MVM) dan Barokah Works

Insyaallah.

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Tiada sumbangan
Kempen Sumbangan Tamat