PERTUBUHAN RAUDHAH RIZQ

Dimulakan pada Dec 23, 2022

TABUNG KASIH SAYANG

RM4,792 / 15.97 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM30,000

264 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Tabung Kasih Sayang diwujudkan untuk membantu masyarakat yang tidak berkemampuan terutama di kawasan pedalaman Sabah. Ayuh, bantu mereka!


Tabung sumbangan ini diwujudkan untuk memberi bantuan kebajikan kepada golongan-golongan yang tidak berkemampuan dalam meneruskan kehidupan. Pertubuhan Raudhah Rizq terpanggil untuk menjalankan tabung ini kerana mendapati ramai golongan miskin terutamanya di kawasan pedalaman Sabah yang tidak mampu. Ia bukan kerana mereka tidak mempunyai kerja atau usaha untuk mencari rezeki tetapi kos sara hidup yang tinggi pada era ini membuatkan kehidupan mereka sangat tersepit.




Antara bentuk bantuan yang bakal diberi adalah memberi makanan kepada golongan miskin, memberi modal kepada peniaga kecil, baikpulih masjid dan bantuan-bantuan yang lain.



Memberi sumbangan makanan di kawasan kampung pedalaman Sabah.



Sumbangan untuk peniaga kecil bagi meneruskan perniagaannya.


Jadi kami dengan rasa rendah hati, mengajak semua masyarakat membantu mereka yang tidak berkemampuan. Sumbangan tuan dan puan sangat membantu walaupun nilainya tidak besar. Dengan sumbangan yang diberikan ia dapat memberi sinar kebahagiaan kepada mereka dalam meneruskan kehidupan.



مَثَلُ الَّذِينَ يُنْفِقُونَ أَمْوَالَهُمْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ كَمَثَلِ حَبَّةٍ أَنْبَتَتْ سَبْعَ سَنَابِلَ فِي كُلِّ سُنْبُلَةٍ مِائَةُ حَبَّةٍ ۗ وَاللَّهُ يُضَاعِفُ لِمَنْ يَشَاءُ ۗ وَاللَّهُ وَاسِعٌ عَلِيمٌ


Yang bermaksud: “Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai, tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnia-Nya, lagi Meliputi ilmu pengetahuan-Nya.

(Surah al-Baqarah: 261)


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM50.00

Feb 01, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Feb 01, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Feb 01, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jan 31, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jan 31, 2023

Kempen Sumbangan Tamat