BAKUL MAKANAN KEPADA 10O BUAH KELUARGA MURID SK KERTAU

RM280 / 2.80 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM10,000

19 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Jom Kita Peduli dengan Berikan Senyuman kepada 100 buah keluarga murid SK Kertau, Maran, Pahang melalui pemberian bakul makanan ini. #JomBuatBaik! #KempenJomKitaPeduli #SkuadAdamDanish


Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera. Alhamdulillah, SANC melalui Skuad Adam Danish kini beraksi dalam membantu pihak PIBG SK Kertau dalam menyediakan landasan bagi menjayakan misi utama Kempen Sumbangan Pemulihan Pasca Banjir yang telah dilancarkan oleh pihak PIBG SK kertau baru-baru ini, akibat bencana banjir yang berulang sehingga kali terakhir bencana pada bulan Januari 2022 yang lalu.



Oleh yang sedemikian, dengan matlamat kempen yang besar dan amat mencabar, kami amat tertarik dan dengan rela hati menampilkan diri menjalinkan usaha sama untuk menjayakan kempen pihak PIBG SK Kertau dari pihak kami. Mengikut maklumat yang diperolehi berkaitan Kempen Sumbangan Pemulihan Pasca Banjir ini, pihak PIBG SK Kertau menyasarkan kutipan sebanyak RM50,000 untuk merealisasikan matlamat yang telah ditetapkan sekali menyelesaikan masalah yang dihadapi akibat banjir ini.



Pelaksanaan Kempen Bakul Makanan ini adalah merupakan salah satu matlamat pihak PIBG SK Kertau yang tersenarai dalam kempen utama mereka. Marilah kita bersama-sama berganding bahu dalam melaksanakan Kempen Jom Kita Peduli ini, agar mencapai sasaran kutipan bagi pembelian dan agihan bakul makanan yang akan diserahkan selepas tamat kempen pada 24 Julai 2022 nanti. Sumbangan daripada masyarakat amatlah diharapkan. 100% hasil daripada sumbangan anda akan digunakan untuk pembelian dan agihan bakul makanan ini.




Allah SWT menjanjikan keampunan dan limpah kurnia-Nya kepada orang yang berinfak dan berkorban di jalan-Nya. Di sini keampunan mendahului kurnia kerana keampunan adalah anugerah yang sangat besar. Sedangkan limpah kurnia adalah nikmat tambahan kepada keampunan. Firman Allah SWT yang bermaksud: "Dan apa sahaja yang kamu dermakan, maka Allah akan menggantikannya, dan Dialah jua sebaik-baik pemberi rezeki." (Surah al-Saba, ayat 39).


Jom #BuatBaik!


Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jul 22, 2022

RAHIMAH MOHD NOH

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jul 21, 2022

NAJIHAH ZAINAL

Menyumbang sebanyak RM50.00

Jul 21, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jul 20, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jul 20, 2022

Kempen Sumbangan Tamat