TABUNG PAMPERS DAN SUSU FORMULA BAYI KELUARGA B40

RM180 / 0.36 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM50,000

15 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Kempen ini adalah inisiatif bagi membantu bayi dari keluarga B40 bagi mendapatkan bantuan susu formula dan pampers bagi meringankan beban perbelanjaan dan bayi mendapat zat untuk membesar sebaiknya.


Kami di Pertubuhan Sukarelawan Amal Wangsa Maju (PERSUWA) menggerakkan satu kempen sumbangan inisiatif bagi membantu bayi dari keluarga B40 mendapatkan bantuan susu formula dan lampin bayi bagi meringankan bebanan mereka ketika economy recession dan barangan serta kos keperluan hidup semakin mahal. Kami banyak menerima permohonan untuk mendapatkan lampin dan susu formula bayi.




Bayangkan di saat kita mendengar tangisan anak-anak kita apabila mereka menangis mahukan susu, secara automatiknya dengan pantas kita bergegas untuk siapkan susu. Namun nasib kita tak sama, dikala kita masih mampu berikan anak kita susu seperti biasa, ada dikalangan kita yang sudah terputus bekalan susu dek kerana hilangnya punca pendapatan atau menghadapi masalah kewangan. Lebih menyedihkan ada yang membancuh susu pekat untuk diberikan kepada bayi mereka sedangkan susu ini tidak sesuai untuk bayi.



Antara mereka yang terjejas adalah golongan B40 yang punca pendapatan mereka adalah gaji hari. Sebelum ini pihak kami melalui program Zero Hunger ini hanya memberi bantuan berupa makanan asas. Namun setiap kali penghantaran ke rumah-rumah, ramai dikalangan mereka bertanya akan bantuan berupa susu anak. Kami sasarkan untuk setiap keluarga pasangan menerima 2 beg lampin dan 2 pek susu formula.



Hati ayah atau mak mana yang tak pilu bila anak yang menangis bila situasi ini berlaku. Bukan mereka yang pinta untuk berada dalam keadaan ini, tapi apakan daya mereka. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikulnya.



Atas asbab inilah sumbangan bekalan susu formula dan pampers bayi untuk golongan B40 ini disegerakan. Disini kami ingin merayu kepada anda semua yang membaca mesej ini untuk turut sama menyumbang kepada kempen ini.



Ingat bantuan anda sangat berharga dan bermakna demi menghentikan tangisan anak-anak kecil yang terputus bekalan susu ini. Selepas menyumbang, ayuh kongsikan kempen ini dengan ahli keluarga dan kawan-kawan anda.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jan 06, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM25.00

Jan 06, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jan 06, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jan 04, 2023

MUNIRAH

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jan 04, 2023

Kempen Sumbangan Tamat