BANTUAN KEPERLUAN HARIAN ANAK YATIM DAN ASNAF

RM4,716 / 47.16 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM10,000

266 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim dan Asnaf Iman dan Amal mempelawa orang ramai untuk menyumbang sebagai sedekah bantuan keperluan yang dapat memberikan manfaat kepada golongan anak anak yatim dan asnaf


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Hidup ini penuh dengan pemberian rezeki dari Tuhan dan kita seharusnya berasa bersyukur dengan segala nikmat yang Tuhan beri kepada kita. Oleh sebab itu, kita seharusnya berkongsi dengan orang yang memerlukan. Sesungguhnya, dengan berkongsi rezeki kepada orang lain bukan hanya membahagiakan orang lain, tetapi kita juga sedang membahagiakan diri sendiri.



Apabila kita memberi sedekah kepada orang yang memerlukan, kita sebenarnya sedang memancing rezeki lagi. Maksudnya di sini, apabila kita memberi dengan niat yang ikhlas, kita akan mendapat pulangan yang banyak yang tidak disangka-sangka. Oleh itu, janganlah kita berkira-kira untuk berkongsi rezeki dengan orang lain. Adanya keutamaan bersedekah kepada anak yatim ini ditegaskan oleh Rasulullah SAW: “Bersikaplah kepada anak yatim, seperti seorang bapak yang penyayang.” (HR. Bukhari).



Mari bersama kita membantu anak yatim dan asnaf di Pertubuhan Iman Amal. Buat masa ini kami lagi memerlukan dana bagi menampung kos seharian mereka secara mingguan seperti pembelajaran, makanan, tempat tinggal Dianggarkan sekurang-kurangnya sekitar RM7,000 diperlukan bagi kegunaan pertubuhan secara mingguan, antaranya:

1. Menyediakan makanan yang baik untuk anak yatim dan asnaf.

2. Menyediakan pembelajaran yang baik.

3. Menyediakan tempat tingal dan tempat belajar yang baik.

4. Menyediakan pakaian yang baik.



Lakukan sedikit demi sedikit sampai kita mampu istiqamah setiap hari. InshaaAllah. Bantu kami membela nasib anak-anak yatim dan asnaf menyediakan pengurusan dan keperluan makan minum dan pelajaran mereka. Jangan takut ketika mengeluarkan sebagian harta kita di jalan Allah kerana memberi sekecil apapun akan diganti berlipat ganda. Selagi Allah memberikan kita kesempatan untuk menghirup udara segar, belum terlambat untuk memuliakan anak yatim.



Melahirkan hafizah dan alimah menjadi ustazah di masa akan datang. Mari sama-sama ambil bahagian niatkan untuk orang tersayang. Semoga para penyumbang berjaya dunia dan akhirat. Mari bersama kita menjaga anak yatim dan asnaf. RM10 yang di sumbangkan pasti dapat membela nasib mereka dan dapat memberi kegembiraan kepada mereka. Kami doakan semua penyumbang dimurahkan rezeki, dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki.


Bersedekah ke anak yatim juga dapat menghindarkan diri dari bala bencana dan marabahaya. Hal ini sesuai dengan sabda Rasulullah SAW yang mengatakan bahwa tidak ada musibah serta bencana yang dapat mendahului sedekah. Di waktu yang sama, beliau juga mengungkapkan kalau sedekah mampu menutup 70 pintu kejahatan, (H.R Imam Baihaqi).


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Aug 30, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Aug 29, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Aug 27, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM11.00

Aug 26, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Aug 26, 2022

Kempen Sumbangan Tamat