Persatuan Pengguna Islam Malaysia

Dimulakan pada May 10, 2023

INFAQ KERUSI SHALAT DI MASJIDIL HARAM TANAH SUCI MEKAH

RM60,631 / 80.84 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM75,000

3249 Penyumbang

19 Baki Hari

Kongsi:

Tentang Kempen

Kekurangan kerusi solat menjadi kesusahan buat para tetamu Allah di Mekah untuk beribadah. Kami tidak mampu menutup mata sahaja, jom bantu mereka!


Solat merupakan salah satu rukun Islam yang penting, dianggap sebagai tiang agama. Justeru, haram ditinggalkan dalam apa juga keadaan sekalipun, selagi mana akal masih waras. Oleh itu, setiap Muslim wajib melakukan solat secara sempurna dengan menepati hukum syarak dari segi rukun dan syaratnya.



Walau bagaimanapun, masih ada kelonggaran-kelonggaran yang tertentu dari segi pelaksanaannya jika menghadapi keuzuran. Sepertimana bagi individu yang kurang upaya fizikal atau keadaan kesihatan, menunaikan solat secara tradisional mungkin sukar atau bahkan mustahil. Sedekah kerusi solat bertujuan untuk menangani isu ini dengan menyediakan kerusi khusus yang membolehkan jemaah menunaikan solat dengan selesa dan mudah.



Satu inisiatif sedekah dari kami adalah bertujuan menyediakan kerusi khas untuk orang yang tidak dapat menunaikan solat secara biasa kerana kecacatan fizikal atau keadaan kesihatan. Kerusi ini direka untuk memberikan sokongan dan keselesaan kepada individu yang mungkin bergelut untuk mengekalkan postur yang diperlukan semasa solat.



Bagi mereka yang mengerjakan ibadah haji dan umrah tentulah mengharapkan agar urusan ibadah mereka dipermudahkan. Tambahan pula bagi jemaah yang tidak sihat tetapi masih mampu untuk melakukan solat. Jumlah kerusi solat masih kurang bagi kegunaan jemaah haji dan umrah ekoran dari pertambahan tetamu Allah di Mekah. Islam itu mudah, selari dengan hasrat kami yang berusaha mempermudahkan urusan jemaah melalui bantuan kerusi solat lipat ini.



Solat merupakan suatu ibadah yang paling besar dalam kehidupan setiap insan yang beragama Islam. Perintah untuk bersolat dalam setiap keadaan baik ketika bermusafir atau bermukim, dalam keadaan sakit atau sihat, sama ada solat dilakukan secara berdiri, duduk, atau dalam keadaan berbaring, semua ini jelas menunjukkan peri penting kedudukan solat di dalam agama kita.



Ayuh bersama kami menjadi sebahagian penderma kerusi solat dan memudahkan urusan jemaah di sana.


الْبِرُّ لَا يَبْلَى، وَالْإِثْمُ لَا يُنْسَى، وَالدَّيَّانُ لَا يَمُوتُ، فَكُنْ كَمَا شِئْتَ كَمَا تَدِينُ تُدَانُ


“Kebaikan tidak akan pudar, dosa tidak akan dilupa, al-Dayyan (Allah yang Maha Membalas segala amalan hambanya) tidak akan mati, jadilah seperti mana yang kamu ingin, kamu akan dibalas seperti mana yang kamu telah lakukan.”

(Riwayat Abdul Razaq dalam Musnadnya)


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Apr 20, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Apr 20, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Apr 19, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM50.00

Apr 19, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Apr 19, 2024