Alhamdulillah pada 18 Julai 2021 yang lepas,Kempen Sumbangan Kongsi Rezeki anjuran Gerakan Wawasan Malaysia telah dapat meringankan beban kepada 100 keluarga asnaf di sekitar Ampangan,Seremban.
Terima kasih kepada semua penyumbang yang telah sama-sama berkongsi rezeki dan semoga Allah merahmati dan memperkenankan doa-doa kalian.
Fasa ke-2 Kempen Sumbangan Kongsi Rezeki ini akan diteruskan dan akan mensasarkan kepada keluarga yang terkesan akibat pendemik ini.
Semoga semua urusan kita dipermudahkan dan diberkati Allah SWT.