SUMBANGAN KIT BANTUAN ASAS KEPADA MEREKA YANG MEMERLUKAN

RM55 / 1.10 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM5,000

4 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

KIT BANTUAN ASAS MERUPAKAN USAHA PIHAK PERSATUAN DALAM MENYEDIAKAN KIT BANTUAN KEPADA MANGSA BENCANA SEPERTI BANJIR TANPA PERLU MENANTI BARANGAN DIKUMPULKAN DAN MEMBANTU MEREKA DALAM KADAR SEGERA.


Assalamualaikum. Bencana alam sering terjadi tanpa diundang. Kebakaran, tanah runtuh, banjir, ribut dan sebagainya membawa kesedihan dan kepedihan kepada mereka yang terlibat. Kemusnahan harta benda malahan menggugat mental dan emosi mereka yang terbabit.



Justeru itu PKPR terpanggil untuk merangka satu program berkaitan dengan bencana alam iaitu Kit Bantuan Asas Mangsa Bencana. Kit Bantuan Asas Mangsa Bencana ini adalah set penjagaan diri dimana apabila berlakunya bencana dan kehilangan harta benda amat tinggi. Mangsa yang terbabit biasanya akan kehilangan dan tinggal sehelai sepinggang. 



Kerana itulah pihak persatuan menyediakan Kit Bantuan Asas ini supaya kit ini boleh terus dihantar segera kepada mereka yang terlibat tanpa menunggu utk mengumpulkan barang-barang bantuan. Sangat efektif terutamanya dalam kes banjir. Walaupun nampak kecil bantuan ini tetapi besar nilainya pada mereka yang telah kehilangan. Sekurang-kurangnya dapat membantu mangsa menjaga kesihatan dan juga membersihkan diri mereka. InsyaAllah.



“Bertaqwalah kamu sekalian kepada Allah dan hendaklah setiap diri memperhatikan apa yang telah dipersiapkan buat dirinya untuk hari esok (akhirat) dan bertaqwalah kepada Allah”(QS. Al-Hasyr: 18). Maksudnya : sumbangan yang kita berikan kepada orang-orang yang susah akan menjadi bekalan yang pasti buat kita di akhirat kelak. Dan membantu orang susah adalah sebahagian dari sifat takwa.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Aug 21, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM25.00

Aug 19, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Aug 16, 2022

TAN SUE MEI

Menyumbang sebanyak RM10.00

Aug 16, 2022

Kempen Sumbangan Tamat