SEDEKAH KORBAN UNTUK UMMAH

RM11,250 / 11.25 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM100,000

351 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Ayuh sama-sama kita menyumbang sebagai sedekah korban untuk asnaf fakir miskin serta anak-anak yatim dapat merasa daging pada Aidiladha ini.


Assalamualaikum dan salam sejahtera. Kami di WEAGRO dengan kerjasama Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dan IKHLAS ingin mengajak orang ramai untuk bersama-sama menyumbang kepada kempen sedekah korban ini.



Objektif kempen ini adalah untuk mengajak orang ramai bersedekah melalui sedekah korban. Kempen ini juga dapat membantu penternak tempatan untuk sama-sama bangkit semula dalam era pasca pandemik ini apabila kita membeli ternakan mereka untuk korban khususnya. Melalui kempen ini juga, para asnaf dan fakir miskin akan diagihkan daging korban yang dapat membantu mereka untuk merasai daging yang pada kebiasaannya sukar untuk didapati kerana harganya yang mahal.



مَا عَمِلَ آدَمِيٌّ مِنْ عَمَلٍ يَوْمَ النَّحْرِ أَحَبَّ إِلَى اللَّهِ مِنْ إِهْرَاقِ الدَّمِ، إِنَّهُ لَيَأْتِي يَوْمَ القِيَامَةِ بِقُرُونِهَا وَأَشْعَارِهَا وَأَظْلَافِهَا، وَأَنَّ الدَّمَ لَيَقَعُ مِنَ اللَّهِ بِمَكَانٍ قَبْلَ أَنْ يَقَعَ مِنَ الأَرْضِ، فَطِيبُوا بِهَا نَفْسًا

Maksudnya: “Tidak ada amalan yang dilakukan oleh anak adam pada hari al-Nahr (Raya Aidiladha) yang lebih dicintai oleh Allah selain daripada menumpahkan darah (binatang korban). Sesungguhnya ia akan datang pada hari Kiamat dengan tanduknya, bulunya dan kukunya dan sesungguhnya darah tersebut akan sampai kepada redha Allah SWT sebelum ia jatuh ke bumi. Maka, bersihkanlah jiwa kamu (dengan berkorban).” Riwayat al-Tirmizi (1493)



Pihak kami menyasarkan sumbangan sebanyak RM70,000.00 untuk membeli 3 ekor lembu "sado" dengan berat hidupnya dianggarkan lebih dari 3 tan. Daging lembu "sado" ini mempunyai daging yang lebih banyak berbanding lembu biasa yang lain yang dapat memberikan manfaat kepada penerima yang lebih ramai. Korban ini akan dijalankan di sekitar Kuala Lumpur atau mana-mana lokasi pilihan.



Semoga setiap sumbangan dapat memberikan manfaat kepada para penerima. Kami doakan kepada semua para penyumbang agar diberikan rezeki yang luas dari Allah dan sentiasa berada dalam lindunganNya. Amiin InsyaAllah.



Dan firman-Nya lagi yang bermaksud: “Dan Kami jadikan unta (yang dihadiahkan kepada fakir miskin di Mekah itu) sebahagian dari syiar agama Allah untuk kamu pada menyembelih unta yang tersebut ada kebanyakannya pada kamu,” (Al Haj: 36)


Jom #BuatBaik!


Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jul 08, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jul 08, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jul 08, 2022

JUMAATUN SAADIAH BINTI ABDULLAH SANI

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jul 08, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jul 08, 2022

Kempen Sumbangan Tamat