KELAB JELAJAH KUALA LUMPUR

Dimulakan pada Feb 24, 2023

SEDEKAH KURMA PADA GOLONGAN YANG TERPAKSA MENERUSKAN KERJA PADA SAAT BERBUKA DAN BERSAHUR

RM1,370 / 45.67 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000

77 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Kami menyeru dermawan untuk menyambut program sedekah sekotak kurma. Sasaran sedekah ini untuk diberikan kepada pengawal keselamatan & golongan yang senasib dengan mereka disebabkan tuntutan kerja.


Menjelang bulan Ramadhan, kurma dijual di merata tempat malah pelbagai jenama dapat diperolehi buat juadah sahur dan berbuka untuk semua umat Islam seluruh dunia. Namun buat yang tidak berkemampuan, hendak membeli kurma pun tidak mampu inikan pula mendapat satu hidangan juadah yang sempurna. Jadi, dengan mendapatkan sekotak kurma boleh menjadikan sesuatu yang bermakna buat mereka.



Perbuatan yang menurut kita remeh boleh jadi istimewa di mata Allah SWT. Kita tidak pernah tahu mana di antara kebaikan kita yang akan dipandang mulia oleh Allah SWT. Janganlah kita hanya fokus kepada pemberian besar sehingga mengabaikan kebaikan kecil seperti memberi kurma kepada yang memerlukan.



Ramai di antara saudara kita yang mencari rezeki dan terpaksa pulang lewat malam. Mereka masih perlu bekerja sehingga tidak sempat untuk berbuka dengan sempurna. Ada juga yang terpaksa berbuka di jalanan dan tiada makanan untuk dijamah semasa azan sudah berkumandang. Ini sering terjadi kepada mereka yang bekerja jarak jauh daripada rumah dan terperangkap dalam kesesakan lalu lintas. Tak lupa juga kepada pegawai keselamatan, pekerja kilang dan sesiapa yang bekerja secara syif dan tidak sempat berbuka.



Justeru, KJKL hadir dengan program berbagi kurma untuk berbuka puasa diantaranya bagi saudara kita yang masih dalam perjalanan, berbuka di tempat kerja, rumah anak yatim, warga emas dan yang tidak berkemampuan. Setidaknya ini akan sedikit meringankan mereka dan membantu mereka ketika hendak berbuka puasa.




Tidak ada kebaikan yang remeh dalam Islam jika ia diniatkan untuk mendekatkan diri kepada Allah. Bahkan separuh butir kurma pun dapat menjauhkan seorang hamba dari seksa neraka, apalagi yang lebih besar dari itu. Rasulullah bersabda:


"Takutlah kamu kepada neraka, meski dengan bersedekah sebutir kurma." (Hadith Riwayat Bukhari)


Semoga sedekah yang kita keluarkan mampu memberikan kebaikan dan pahala yang berlimpah untuk kita serta memberikan kebahagiaan bagi penerima.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Apr 20, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM25.00

Apr 19, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM50.00

Apr 19, 2023

YUZHANA MARZUIN BT ALIAS

Menyumbang sebanyak RM10.00

Apr 18, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Apr 18, 2023

Kempen Sumbangan Tamat