MADRASAH TAHFIZ MAHIRATUN-NISA

Dimulakan pada Jul 16, 2021

BAIKPULIH DAN MEMBELI BANGUNAN MADRASAH TAHFIZ MAHIRATUN NISA

RM316,844 / 42.25 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM750,000

11329 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Kempen MTMN ini adalah untuk membaikpulih dan membeli bangunan bagi Madrasah Tahfiz Mahiratun Nisa', Puchong yang mempunyai 24 orang pelajar yang kebanyakkannya adalah daripada golongan asnaf.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Sejujurnya, madrasah tahfiz kami ini tiada bangunan sendiri. Malahan, bangunan yang kami duduki ini semakin hari semakin banyak kemudahan asasnya rosak akibat kekurangan dana untuk kami selenggara.

 

Sungguh, bangunan rumah sewa lot tepi kini sudah tak mampu menampung sejumlah 24 orang pelajar perempuan di tahfiz di sini. Yang menyedihkan, bangunan sewa ini hakikatnya tidak mampu menyediakan ruang yang cukup untuk para pelajar. Ada sebahagian pelajar tidur di bahagian atas, dan selebihnya tidur di ruang utama (tempat mereka mengaji dan makan).

 

Pelajar-pelajar di sini terdiri dalam kalangan keluarga asnaf yang tidak seharusnya kami layan seperti ini, terpaksa belajar dalam keadaan kurang selesa dan padat disebabkan kekangan ruang. Jika di rumah keluarga mereka serba kekurangan, setidak-tidaknya di sini mereka dapat merasa nikmat berteduh yang selesa.

 

Dermawan yang di sayangi Allah, sanggupkah anda melihat anak-anak syurga ini menghafaz Al-quran dalam keadaan yang kurang selesa dan sempit? Bahkan, bangunan yang mereka duduki sekarang merupakan bangunan yang disewa dengan kadar sewa bulanan RM1,400 tidak berbaloi untuk menyediakan kelengkapan fasiliti untuk para pelajar di sini. Yang lebih membimbangkan, bila-bila masa sahaja tuan empunya akan mengambil alih bangunan tersebut.

 

Madrasah Tahfiz Mahiratun Nisa’ memerlukan bantuan dan infak ikhlas anda sebanyak RM750,000 untuk membantu bagi KEMPEN BAIKPULIH & MEMBELI BANGUNAN MADRASAH TAHFIZ MAHIRATUN NISA’, disamping untuk kos-kos pembangunan baikpulih serta kos bulanan pelajar-pelajar maahad.

 

Daripada Abu Hurairah R.A, Rasulullah SAW telah bersabda:

“Apabila anak cucu Adam itu mati, maka terputuslah semua amalnya, kecuali tiga perkara iaitu: sedekah jariah, anak yang sholeh yang memohonkan ampunan untuknya (ibu dan bapanya) dan ilmu yang berguna setelahnya.”

 

Dengan infak yang anda berikan buat anak-anak syurga ini, Insya-Allah ibarat air yang terus mengalir, begitulah juga berterusan pahala yang sampai kepada anda para dermawan, Aamin. Ayuh, marilah rebut peluang ini dengan memberi sumbangan kepada kempen Madrasah Tahfiz Mahiratun Nisa’.

 

 


Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

avatar

Nur Amalina Adam

Jumlah: 1

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jul 15, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM50.00

Jul 15, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jul 15, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM25.00

Jul 15, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM25.00

Jul 15, 2022

Kempen Sumbangan Tamat