Persatuan Pengguna Islam Malaysia

Dimulakan pada Oct 11, 2022

TABUNG BANTUAN MAKANAN 6 BULAN BUAT ORANG ISLAM KEMBOJA

RM520 / 1.04 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM50,000

31 Penyumbang

123 Baki Hari

Kongsi:

Tentang Kempen

Marilah kita memberi cahaya kehidupan buat mereka, mereka amat perlukan bantuan kita. Sebutir beras yang cukup bermakna untuk mereka meneruskan kehidupan. Jom #BuatBaik!


Terdapat sekurang-kurangnya ada 100 keluarga yang tiada pendapatan, tiada makanan yang kini hidup dalam keadaan berlapar. Kebanyakan mereka mencari rezeki menjadi pekerja kebun gajus. Namun, banyak hari yang tiada hasil dari tanaman mereka menyebabkan satu kampung susah untuk meneruskan hidup. Mereka juga tiada punca pendapatan untuk membeli beras.


Apabila mereka diuji dengan anak yang sakit. Tiada apa yang boleh mereka lakukan kerana tiada wang yang mencukupi dan tiada kenderaan untuk menghantar anak mereka ke hospital. Begitulah gambaran mereka disana.



Luluh hati kami melihat kehidupan masyarakat Islam Kemboja yang tinggal di pedalaman itu seakan-akan mengingatkan kami kepada keadaan tanah air kita di sekitar era tahun 70-an dulu. Perigi masih lagi menjadi sumber utama air. Elektrik pun masih lagi menggunakan tenaga solar dan sekadar cukup menerangi ruang dan kawasan-kawasan tertentu sahaja.



Bilik air masih lagi di luar rumah dan adakalanya menyukarkan orang untuk keluar jika “terpaksa” di tengah malam dinihari. Kehidupan sebegini cukup menginsafkan kami yang selama ini mengambil mudah segala kemudahan yang diperolehi di depan mata selama di tempat sendiri sebagai sesuatu yang semestinya ada saja. Justeru, program bantuan itu mensasarkan masyarakat di Kemboja kerana melihat kepada kehidupan umat Islam khasnya di sini yang sangat dhaif lebih-lebih lagi umat Islam adalah kaum minoriti yang kurang daripada 4 peratus.



Prihatin dengan nasib masyarakat Islam di Kemboja, kami terus komited menghulurkan bantuan menerusi Tabung Bantuan Makanan 6 Bulan Buat Orang Islam di sana. Ini bertujuan untuk membantu sesama manusia, meringankan beban komuniti setempat yang hidup dalam serba kekurangan.


”Mana-mana orang mukmin yang memberi makan kepada seorang mukmin semasa ia lapar, nescaya Allah memberi makan kepadanya pada hari kiamat dari buah-buahan Syurga dan mana-mana orang mukmin yang memberi minum kepada seorang mukmin semasa ia dahaga, nescaya Allah memberi minum kepadanya pada hari kiamat dari minuman syurga yang tersimpan dengan sebaik-baiknya dan mana-mana orang mukmin yang memberi pakai kepada seorang mukmin semasa ia memerlukan pakaian, nescaya Allah memberi pakaian kepadanya dari pakaian syurga.”

(At-Tirmidzi)




Persaudaraan Islam itu ialah yang benar-benar kasih akan saudaranya akan sentiasa memberi pertolongan ketika susah dan bersama-sama ketika senang dan sentiasa merasai kenikmatan ukhuwah sesama umat Islam. Tambahan lagi, saling bantu-membantu ini sebagai tanda kasih sayang sesama manusia. Sebagaimana firman Allah dalam surah al-Maidah ayat 2 iaitu:


“Dan hendaklah kamu tolong-menolong dalam membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu tolong-menolong untuk melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan dan bertaqwalah kepada Allah, kerana Sesungguhnya Allah Maha berat azab seksa-Nya (bagi sesiapa Yang melanggar perintah-Nya)”.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jan 27, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM15.00

Jan 16, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM25.00

Jan 13, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM50.00

Jan 07, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jan 03, 2023