MADRASAH AL-QURRA LILBANAT PEREMPUAN

Dimulakan pada Mar 31, 2021

PENAMBAHBAIKAN MADRASAH AL QURRA

RM328,776 / 32.88 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM1,000,000

17609 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Madrasah Al-Qurra Lil Banat ( Perempuan )

Madrasah Al-Qurra Lil Banat ( Perempuan ) merupakan sebuah madrasah tahfiz yang menempatkan pelajar-pelajar tahfiz perempuan telah ditubuhkan pada JAN 2016 dengan jumlah murid terkini seramai 50 orang dan 7 orang guru. Kurikulum yang dilaksanakan ialah Tahfiz dan Diniyah di bawah Program Pengajian Tahfiz Al-Qurran Sepenuh Masa. Madrasah Al-Qurra' Lill banat juga menjalankan Kokurikulum Kemahiran bermodular dengan kerjasama Kolej Komuniti Selandar dan Rembau. MAQ Lil Banat telah mendapat perakuan Pendaftaran Penuh dari jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) dengan No.Pendaftaran JAIM/MAIM SAS021.


Tujuan kutipan dana sumbangan adalah bagi menjalankan projek berikut:


1) Menaik taraf tempat fasiliti yang kondusif untuk bidang Kemahiran TVET, Kulinari Masakan untuk pelajar perempuan menjalankan aktiviti pembelajaran dan pengajaran.


2)Menaik taraf kawasan riadhah pelajar berbumbung dan padang rekreasi agar menjamin keselamatan pelajar ketika melakukan aktiviti kokurikulum.


3) Menaik taraf bilik mesyuarat dan ruang menunggu tetamu dan pelawat.


4) Menaik taraf pagar anticlimb keliling kawasan hadapan madrasah bagi menjamin keselamatan daripada pencerobohan dari luar.


5) Menaik taraf lantai surau dan bilik guru Madrasah bagi menangani kewujudan laluan tikus yang menyebabkan kehadiran najis tikus.


6)Selenggara lantai tandas bagi mengelakkan kebocoran dan serapan air ke dalam lantai dan bangunan tandas asrama.


7)Pembelian dan baik pulih perabot asrama untuk menggantikan almari dan katil yang telah rosak.


Firman Allah SWT,perumpamaan orang yang menginfaqkan hartanya di jalan Allah ibarat sebutir biji yng menumbuhkan 7 tangkai. Pada setiap tangkai terdebut ada 100 biji.Allah melipat gandankan bagi sesiapa yang Dia kehendaki dan Allah Maha Luas lagi Maha Mengetahui.(Surah Al-Baqarah :261)


Madrasah membuka peluang kepada para penyumbang dan pewaqaf untuk bersama-sama merebut ganjaran pahala yang akan sentiasa mengalir selama mana para huffaz membaca Al-Quran dalam proses penambah baikan dari sumbangan yang tuan puan salurkan.


Setiap infaq yang diberikan dari tuan puan kami ucapkan Ribuan Terima Kasih.


Semoga Allah SWT membalas kebaikan tuan puan dengan yang lebih baik.


Bersama Membina Generasi Huffaz Unggul dan profesional.

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

avatar

Hamba Allah

Jumlah: 1

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM100.00

Mar 28, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM100.00

Mar 28, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Mar 28, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Mar 27, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Mar 26, 2022

Kempen Sumbangan Tamat