Persatuan Pengguna Islam Malaysia

Dimulakan pada Feb 28, 2022

MISI BANJIR PANTAI TIMUR

RM21,371 / 97.14 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM22,000

724 Penyumbang

Kempen Berjaya

Kongsi:

Tentang Kempen

Ayuh kita mengejar kebaikan bersama.


Pantai Timur Tenggelam Lagi! 😭 Mereka harapkan bantuan kita. Jom bersama ringankan beban. 



Hujan lebat berterusan di Pantai Timur menyebabkan beberapa daerah di Terengganu, Pahang dan Kelantan kembali ditenggelami air. Ramai telah dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS). Kami di PPIM & bersama agensi yang terlibat telah hulurkan bantuan kecemasan agar cukup untuk mereka bertahan.


Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) bersama agensi-agensi lain yang turut membantu:

1. Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM)

2. Adventure Touring Motor Sports (ATMS)

3. PDRM Balai Polis Jerangau

4. ALUCAST Team

5. Mat Rock Ayam Goreng Kunyit
6. SYED Foods Industry
7. Zara Awliya
8. Khadijah Kurma
9. Susu Zaitun




Terdapat 157 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) mangsa banjir di Terengganu telah dibuka dan 10861 mangsa banjir telah dipindahkan kesana. Tambahan pula, negeri Kelantan mencatatkan jumlah mangsa banjir yang tertinggi di pusat pemindahan sementara bagi banjir besar tahun ini. 


Antara barang yang telah berjaya kami agihkan:

1. Retort Foods - 1,000 pkt
2. Sejadah - 300 helai
3. Telekung - 300 helai
4. Susu Bayi - 500 kotak
5. Infaq Rezeki - 100 kotak
6. Kurma - 200 kotak (350gm)
7. Mineral Water - 100 kotak
8. Kasut Boot Banjir
9. Life Jaket
10. Lampu Suluh
11. Genset
12. Powerbank
13. Boat Aluminum
14. Enjin Boat + Tong Minyak
15. Baju Hujan

Jumlah barang bantuan akan segera menyusul dan meningkat agar dapat kita berganding bahu membantu mereka dalam kesusahan & ujian ini. 


Banyak harta yang rosak dan banyak haiwan yang turut terkorban. Tidak terbayang dimata kita bagaimana nasib mereka yang baru sahaja mengalami banjir pada bulan disember yang lalu, mengalami lagi sekali tragedi banjir ini.


Mungkin kita semua tidak dapat memberikan sepenuh tenaga untuk membantu mereka ketika menghadapi musibah ini. Namun, sekurang-kurangnya dengan bantuan sebegini dapat mengurangkan sedikit beban yang mereka alami.

مَنْ نَفَّسَ عَنْ مُؤْمِنٍ كُرْبَةً مِنْ كُرَبِ الدُّنْيَا نَفَّسَ اللَّهُ عَنْهُ كُرْبَةً مِنْ كُرَبِ يَوْمِ الْقِيَامَةِ، وَمَنْ يَسَّرَ عَلَى مُعْسِرٍ يَسَّرَ اللَّهُ عَلَيْهِ فِى الدُّنْيَا وَالآخِرَةِ “Barangsiapa yang membantu seorang Muslim (dalam) suatu kesusahan di dunia maka Allah akan membantunya dalam kesusahan pada hari kiamat, dan barangsiapa yang meringankan (beban) seorang Muslim yang sedang kesulitan maka Allah akan meringankan (bebannya) di dunia dan akhirat.” (Riwayat Muslim (2699)


Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jun 15, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM25.00

Jun 15, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jun 11, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jun 10, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM20.00

Jun 08, 2022

Kempen Sumbangan Tamat