Assalamu'alaikum wbt dan salam sejahtera.
Alhamdulillah, terima kasih di atas sumbangan semua. Pihak kami amat berbesar hati di atas usaha dan sokongan yang telah diberikan.
Setakat ini, pihak kami telah berjaya mengumpul jumlah bersih kempen sebanyak RM230.50 dan kempen telah tamat dijalankan. Kutipan sasaran gagal diperolehi.
Namun begitu, usaha ini akan diteruskan dari masa ke semasa atas niat dan matlamat yang sama. Sekali lagi terima kasih kami ucapankan di atas kebaikan semua.