Tentang Kami

Sumbangan.com

Sumbangan.com merupakan platform dalam talian (online) yang bertujuan untuk mengumpul dana (crowdfund) sumbangan dengan cara yang lebih MUDAH, CEPAT dan EFEKTIF. Kami yakin platform bersifat digital ini sangat efisien dalam menghubungkan antara penyumbang dengan organisasi atau yayasan yang memohon sumbangan mengikut keperluan melalui kempen-kempen yang diiklankan dari semasa ke semasa. Setiap kempen akan mempunyai kutipan sasaran sumbangan yang akan di tetapkan tempoh kelangsungan kempen tersebut bagi mengumpulkan sasaran sumbangan dengan lebih cepat, tepat dan berintegriti. 

Tercetusnya idea untuk memperkenalkan platform ini ketika rakyat Malaysia menjalani tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) COVID-19 di mana ramai yang ingin menghulurkan bantuan sumbangan dari segi kewangan, namun menghadapi kesukaran untuk memberikan sumbangan tersebut kepada pihak yang memerlukan secara lebih mudah dan teratur.

Yang menariknya, laman web untuk tujuan sedekah ini memudahkan orang awam untuk menghulurkan sumbangan tanpa rasa ragu kerana penyumbang boleh melihat sendiri jumlah terkini sumbangan yang terkumpul pada setiap masa, di mana ia akan dipaparkan secara automatik dalam sistem laman web sumbangan.com. Kini, penyumbang tidak perlu risau tentang ketelusan pengurusan dana yang telah mereka salurkan. Pastinya penyumbang akan rasa lebih yakin dan semangat untuk menyumbang dalam talian bersama kami.

Ia juga menjadi salah satu inisiatif penting atas tujuan menghentikan eksploitasi dan penyalahgunaan dana yang disumbangkan oleh orang awam, terutamanya eksploitasi ke atas kanak-kanak dan individu yang dipergunakan untuk meminta bantuan di jalanan oleh pihak sindiket.