Soalan Lazim

Sumbangan.com

A.         TENTANG SUMBANGAN.COM

1)    APA ITU SUMBANGAN.COM?

Sumbangan.com merupakan platform pengurusan sumbangan digital. Platform ini dapat menghubungkan penyumbang dengan pihak yang memerlukan sumbangan menggunakan kaedah crowdfunding.

2)   APA ITU CROWDFUNDING?

Crowdfunding adalah suatu usaha mengumpul dana yang melibatkan orang ramai dan medium yang digunakan untuk mendapatkan penglibatan lebih ramai pihak melalui kempen yang dijalankan secara atas talian (online). 

3)  SIAPAKAH YANG MENUBUHKAN PLATFORM SUMBANGAN.COM?

Sumbangan.com dibina dan diuruskan oleh Gerbang Sumbangan Sdn Bhd. Ia merupakan sepasukan tenaga kerja yang sama dalam membantu untuk perjuangan pengumpulan dana bagi Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada bulan Mac 2020.

4)  APAKAH OBJEKTIF SUMBANGAN.COM?

Kejayaan dalam menguruskan sistem pengumpulan sumbangan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) telah mendorong pihak Gerbang Sumbangan Sdn Bhd untuk berkongsi manfaat yang sama kepada lebih ramai pihak yang memerlukan sumbangan. 

Terutamanya institusi seperti masjid, surau, badan bukan kerajaan mahupun individu yang memerlukan. 

5)  BAGAIMANAKAH SUMBANGAN.COM DAPAT MEMBANTU?

Sumbangan.com dapat membantu dalam menyediakan platform pengurusan sumbangan yang lebih teratur dan sistematik. Setiap sumbangan akan melalui proses pembayaran transaksi atas talian (FPX dan Kad Kredit) di mana ia memudahkan pihak yang berdaftar sebagai pemohon sumbangan untuk mempunyai laporan penerimaan sumbangan terkini dengan lebih mudah, cepat dan tersusun.

 

 

  1. PENDAFTARAN

1)  SIAPAKAH YANG BOLEH MENDAFTAR?

Pendaftaran terbahagi kepada 2 kategori iaitu:

i) Pemohon

Terdiri daripada pemohon yang memerlukan sumbangan sama ada daripada kategori pertubuhan, persatuan, badan bukan kerajaan (NGO), institusi keagamaan seperti masjid mahupun surau, syarikat dan juga individu yang memerlukan.

iI) Penyumbang 

Individu yang membuat sumbangan melalui kempen yang dipaparkan di laman web rasmi sumbangan.com melalui kaedah pembayaran transaksi atas talian (FPX atau Kad Kredit). 

2) BAGAIMANAKAH CARA UNTUK MENDAFTAR SEBAGAI PEMOHON MAHUPUN PENYUMBANG?

Sila rujuk https://www.sumbangan.com/pendaftaran-pemohon bagi pendaftaran pemohon.

Sila rujuk https://www.sumbangan.com/pendaftaran-penyumbang bagi pendaftaran penyumbang.

3)  APAKAH KEPERLUAN MAHUPUN SEKATAN BAGI PENDAFTARAN?

Bagi PEMOHON yang berdaftar, sila kemukakan dokumen yang diperlukan sewaktu mendaftar. 

Tiada sekatan mahupun keperluan bagi pendaftaran PENYUMBANG yang berdaftar di sumbangan.com. 

4)  APAKAH DOKUMEN YANG DIPERLUKAN SEWAKTU MENDAFTAR?

Sila rujuk https://www.sumbangan.com/pendaftaran-pemohon bagi pendaftaran PEMOHON.

Sila rujuk https://www.sumbangan.com/pendaftaran-penyumbang bagi pendaftaran PENYUMBANG. 

5)  BERAPA LAMAKAH AKAUN SAYA AKAN DILULUSKAN SELEPAS MENDAFTAR?

Sebaik sahaja pendaftaran anda sebagai PEMOHON selesai dan semua dokumen anda telah di muat naik, ia akan mengambil masa tidak lebih daripada 3 hari berkerja bagi mendapatkan kelulusan akaun anda. 

Pendaftaran sebagai PENYUMBANG tidak memerlukan apa-apa kelulusan mahupun pengaktifan akaun. 

 

6)  BILAKAH SAYA BOLEH MENGGUNAKAN SUMBANGAN.COM? 

Bagi PEMOHON yang memerlukan sumbangan, anda boleh mula menggunakan sumbangan.com sebaik sahaja anda menerima emel verifikasi pendaftaran akaun anda.

Bagi PENYUMBANG yang berdaftar mahupun tidak mendaftar, anda boleh mula menyumbang melalui sumbangan.com.  
















 

 

 

  1. KEMPEN

1)  SIAPAKAH YANG BOLEH MENCIPTA KEMPEN DI SUMBANGAN.COM?

Kempen hanya boleh dicipta bagi pemohon yang berdaftar dan sejurus selepas menerima emel verifikasi pendaftaran akaun pemohon. Untuk pendaftaran sebagai pemohon sila rujuk https://www.sumbangan.com/pendaftaran-pemohon.

2)  BAGAIMANAKAH CARA UNTUK MENCIPTA KEMPEN DI SUMBANGAN.COM?

Sebaik sahaja pemohon yang mendaftar menerima emel verifikasi pendaftaran akaun, pemohon boleh mencipta kempen di papan pemuka pemohon.  

3)  BILAKAH KEMPEN AKAN BERMULA?

Sebaik sahaja pemohon selesai mencipta kempen, kempen akan disemak dan diluluskan oleh pihak pengurusan sumbangan.com sebelum dipaparkan di laman web rasmi sumbangan.com. 

4)  APAKAH KEPERLUAN MAHUPUN SEKATAN BAGI KEMPEN YANG DICIPTA?

Sila rujuk terma dan syarat sumbangan.com di https://www.sumbangan.com/page/terms-of-service.







 

 

 

  1. YURAN PENGURUSAN

1)  APAKAH CAJ YANG DIKENAKAN BAGI MEMULAKAN KEMPEN DI SUMBANGAN.COM?

Sumbangan.com hanya mengenakan caj berjumlah 5% (atau minimum caj sebanyak RM2, mana-mana yang lebih tinggi) bagi setiap transaksi sebagai yuran pengurusan. Tiada yuran langganan yang dikenakan mahupun caj lain termasuklah penggunaan gerbang pembayaran (senangPay) selaku pihak ketiga. 



 

 

 

  1. PEMBAYARAN & SETTLEMENT

1)  BAGAIMANAKAH PEMOHON MENERIMA SUMBANGAN DARIPADA KEMPEN YANG TELAH TELAH DICIPTA?

Wang settlement anda akan dikreditkan ke akaun berdaftar anda, seminggu sekali pada setiap hari Rabu. Sekiranya anda ingin membuat sebarang perubahan pada aturan settlement yang telah ditetapkan oleh pihak sumbangan.com, sila hubungi kami di [email protected] dan pihak kami akan menghubungi anda. 

2)  APAKAH MAKSUD SETTLEMENT?

Settlement adalah proses penyelesaian transaksi dimana jumlah sumbangan terkumpul dalam tempoh masa yang ditetapkan telah dikreditkan ke akaun pemohon yang berdaftar. 

3) BILAKAH PEMBAYARAN DAN SETTLEMENT AKAN DIBUAT?

Pembayaran wang settlement akan dilakukan sekali seminggu pada hari Rabu. Sekiranya hari pembayaran jatuh pada hari cuti umum, wang anda akan dikreditkan ke dalam akaun anda pada hari berkerja yang seterusnya.

4) BERAPAKAH JUMLAH MINIMA WANG SETTLEMENT YANG AKAN DIBAYAR?

Jumlah minima wang settlement yang akan dibayar kepada kepada pemohon yang berdaftar adalah RM100. 

5) SAYA BELUM MENCAPAI JUMLAH MINIMA UNTUK PEMBAYARAN SETTLEMENT, BOLEHKAH SAYA MENDAPATKAN DUIT SAYA?

Hantarkan persoalan anda ke [email protected].

6) BOLEHKAH SEKIRANYA SAYA INGIN MENDAPATKAN WANG SETTLEMENT SEBULAN SEKALI PADA HARI TERAKHIR SETIAP BULAN?

Hantarkan persoalan anda ke [email protected].


 

 

  1. PRIVASI & KESELAMATAN

1) ADAKAH DATA SAYA SELAMAT?

Ya. Keselamatan sentiasa menjadi keutamaan kami dan akan ditangani pada peringkat tertinggi dan tindakan segera akan diambil terhadap sebarang implikasi keselamatan pada sistem keseluruhan. 

2) ADAKAH SUMBANGAN SAYA SELAMAT?

Ya. Kami menggunakan gerbang pembayaran senangPay, yang menyediakan rangkaian pembayaran FPX iaitu pembayaran dalam talian yang selamat di mana ia membolehkan pendebitan akaun perbankan internet pelanggan dari pelbagai bank dalam masa yang nyata (real time). 

 

 

 

  1. SOKONGAN & BANTUAN

1) BAGAIMANAKAH UNTUK MENGHUBUNGI BAHAGIAN BANTUAN SUMBANGAN.COM?

Hantarkan persoalan anda ke [email protected] atau hubungi kami di +6011 1315 1223.  

2) BERAPA LAMAKAH EMEL YANG DIHANTAR KE SUMBANGAN.COM AKAN DIBALAS?

Kami akan membalas emel anda dalam tempoh satu (1) hari berkerja.

 

 

 

  1. LAIN-LAIN 

1) ADAKAH PENYUMBANG AKAN MENERIMA RESIT SELEPAS SUMBANGAN DIBUAT?

Ya. Penyumbang akan menerima resit elektronik yang dihantar melalui emel kepada emel yang didaftarkan. 

2) APA YANG HARUS SAYA LAKUKAN SEKIRANYA SAYA INGIN MEMPERJUANGKAN SESUATU KEMPEN DAN MEMERLUKAN KUTIPAN DANA?

Sekiranya anda merupakan sebuah pertubuhan, yayasan, badan bukan kerajaan (NGO), syarikat yang ingin membuat crowdfunding atau individu yang memerlukan bantuan sumbangan, anda boleh mendaftar sebagai pemohon dahulu. Kami akan menjalankan proses pemilihan bagi memastikan semua kriteria dipenuhi. Setelah anda diterima, kami akan mengkaji dan menentukan kempen mana yang bersesuaian untuk proses pengumpulan sumbangan. 

3) ADAKAH SUMBANGAN YANG DIBERIKAN OLEH PENYUMBANG AKAN DI KECUALIKAN CUKAI?

Sekiranya sumbangan dibuat kepada kempen yang dijalankan oleh organisasi yang berdaftar dan didaftarkan di bawah Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), penyumbang akan menerima resit pengecualian cukai yang dikeluarkan oleh mereka.