Terma & Syarat

Sumbangan.com

Dasar Privasi dan Maklumat Sulit

  1. Sumbangan.com berhak untuk menggunakan semua data dan maklumat peribadi penyumbang bagi tujuan operasi syarikat yang ditentukan oleh Sumbangan.com iaitu Gerbang Sumbangan Sdn Bhd. 
  2. Sumbangan.com mempunyai hak untuk mendedahkan maklumat peribadi dan data penyumbang yang diberikan kepada Sumbangan.com sekiranya kami mempercayai bahawa tindakan sedemikian adalah perlu bagi mematuhi proses kehakiman semasa, perintah mahkamah atau proses undang-undang terhadap pihak Sumbangan.com.
  3. Sumbangan.com berhak dan boleh mendedahkan maklumat peribadi dan data yang diterima semasa proses penggabungan, penstrukturan semula, penyusunan semula, pembubaran, muflis atau apa-apa proses seangkatan dengannya yang mana maklumat yang dipegang oleh Sumbangan.com mengenai penyumbang dan pengguna adalah antara aset yang dipindahkan.
  4. Sumbangan.com tidak bertanggungjawab di atas sebarang kecurian data dari laman web Sumbangan.com.  
  5. Penyumbang dan pengguna bertanggungjawab terhadap kesahihan dan kelengkapan maklumat peribadi mereka.

 

Hak Akses

  1. Penyumbang dan pengguna yang berdaftar boleh dan mempunyai hak untuk mendapatkan salinan maklumat peribadi yang telah dihantar ke pihak Sumbangan.com. 
  2. Penyumbang dan pengguna berhak untuk meminta pihak Sumbangan.com untuk menggantikan maklumat yang betul sekiranya maklumat yang diberikan tidak tepat.
  3. Penyumbang dan pengguna berhak untuk meminta pihak Sumbangan.com untuk berhenti daripada memproses maklumat peribadi atas perkara yang munasabah dan pihak Sumbangan.com akan mengambil tindakan yang sewajarnya mengikut tempoh masa yang bersesuaian dan berpatutan. 
  4. Sekiranya penyumbang dan pengguna didapati melanggar mana-mana terma dan syarat atau melakukan perkara-perkara yang berunsurkan penipuan, jenayah, penyalahgunaan laman web, dan apa-apa perkara yang tidak wajar, pihak Sumbangan.com berhak untuk menggantung, menafikan atau menamatkan akses anda ke laman web Sumbangan.com tanpa sebarang notis. Bagi dana yang telah terkumpul sebelum pihak Sumbangan.com menamatkan akses, dana tersebut akan diuruskan oleh Sumbangan.com sewajarnya seperti yang ditetapkan oleh undang-undang.