Persatuan Pengguna Islam Malaysia

Dimulakan pada Feb 15, 2022

PAK CIK HASSAN MEMERLUKAN BANTUAN

RM6,460 / 107.67 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM6,000

271 Penyumbang

Kempen Berjaya

Kongsi:

Tentang Kempen

Jom bantu Haji Hassan Berseri yang memerlukan dana bagi tapak fistula dan perlu menjalani rawatan dialisis 4 jam sehari sepanjang hayatnya.

Marilah para dermawan sekalian kita bantu Haji Hassan Berseri bagi mendapatkan dana tapak fistula baharu. Sekecil apapun sumbangan yang diberikan, amat besar ganjaran buat anda sekalian.


Assalamualaikum para penyumbang dan dermawan sekalian.


Selalunya Unit Kebajikan PPIM (UKPPIM) akan membantu masyarakat dalam memberikan bantuan tetapi kali ini bantuan yang diberikan adalah sangat dekat dan merupakan kepada salah seorang keluarga staf UKPPIM iaitu ayah kepada Puan Siti Khadijah dari Unit Kebajikan PPIM. Ayah Puan Siti, merupakan pesakit buah pinggang tahap 5 yang masih terus berjuang untuk mengharungi kehidupan.



Nama saya Haji Hassan Berseri, saya telah disahkan menghidap penyakit kencing manis, darah tinggi, sakit jantung sejak 30 tahun lalu dan sekarang menghidap penyakit buah pinggang yang kronik (tahap 5).

Kini saya sedang menjalani rawatan hemodialisis 3 kali seminggu di Pusat Hemodialisis, Bukit Beruntung, Rawang.


Saya merupakan warga emas yang uzur, di usia saya yang telah mencapai 75 tahun, saya tidak lagi mampu bekerja kerana kesihatan yang tidak mengizinkan. Isteri saya juga berusia 65 tahun dan uzur. Setiap kali rawatan, isteri saya akan menghantar dan menemani saya di pusat hemodialisis sehingga habis sesi dialisis selama 4 jam.


Tapak sementara yang digunakan tetapi tidak disarankan kerana mudah terkena jangkitan kuman


Saya perlu menjalani pembedahan memasang tapak fistula untuk rawatan dialisis secepat mungkin kerana takut keadaan semakin tidak mengizinkan. Tapak sedia ada adalah tapak sementara di leher. Sebelum ini, saya telah menjalani pembedahan di Hospital Besar Kuala Lumpur (HKL) akan tetapi tapak tersebut tidak boleh digunakan kerana doktor memaklumkan urat telah mengecil. 


Tapak fistula yang tidak berjaya digunakan


Menjalani 4 jam rawatan dialisis, 12 kali sebulan sepanjang hayat adalah dugaan yang sangat besar untuk saya juga kami sekeluarga. Besar harapan saya jika anda semua dapat membantu saya dalam mendapatkan tapak fistula baharu. Kata Pak Cik Hassan,


"Saya tahu saya tidak boleh sembuh sepenuhnya tetapi ini adalah usaha terakhir saya untuk berjuang menjadi khalifah Allah dan menyambung nyawa."





Semoga sumbangan dari anda para penyumbang & dermawan menjadi asbab kebaikan dan keredhaan dari Allah SWT.

KOS YANG DIPERLUKAN

a) kos rawatan untuk memasang tapak fistula : RM4,500

b) Kos pengangkutan (Rumah - Hospital- Rumah) : RM30 x 12 kali sebulan = RM360

RM360 x 6 bulan = RM2,160

RM4,500 + RM2,160 = RM6,660

KOS KESELURUHAN = RM6,660



Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM15.00

May 30, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

May 30, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM15.00

May 29, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

May 29, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

May 29, 2022

Kempen Sumbangan Tamat