PERTUBUHAN KEBAJIKAN SINAR BAKTI

Dimulakan pada Dec 29, 2021

BANTUAN PASCA BANJIR - TEMERLOH PAHANG

RM2,105 / 19.14 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM11,000

82 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

PKSB menfokuskan kepada bantuan pasca banjir kepada mangsa yang terlibat melalui pemberian peralatan dan perkakasan pembersihan selepas banjir serta perkakasan asas memasak seperti dapur gas dan cerek

BANTUAN PASCA BANJIR : TEMERLOH,  PAHANG


Fenomena hujan lebat yang berterusan sejak 17 Disember 2021 telah menyebabkan banyak kawasan rendah di beberapa buah negeri semenanjung Malaysia telah dilanda banjir. Negeri-negeri yang terlibat termasuk Selangor, Melaka, Negeri Sembilan, Kelantan, Pahang, Terengganu dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.


Mangsa banjir di negeri-negeri tersebut telah meningkat seramai puluhan ribu orang. Bencana banjir kali ini telah mengakibatkan kerosakan teruk pada kediaman mereka.


Rentetan itu, ramai juga kalangan mangsa banjir  mengeluh kerana harta benda mereka musnah sama sekali akibat daripada bencana ini. Kerugian yang ditanggung oleh setiap daripada mereka melibatkan kerosakan perabot dan barangan elektrik termasuklah juga, buku-buku serta pakaian sekolah, laptop kalangan anak-anak remaja yang masih belajar akibat daripada banjir.


Justeru, satu inisiatif daripada Pertubuhan Kebajikan Sinar Bakti (PKSB) menggerakkan usaha pengumpulan dana bantuan kepada mangsa banjir rakyat Malaysia, agar ianya nanti dapat disalurkan samada dalam bentuk kewangan atau barangan keperluan asas kepada mereka yang terjejas teruk akibat banjir.


Di Temerloh sahaja dilaporkan pada 22 Disember 2021, laluan dari Temerloh ke Kuala Lumpur, Temerloh ke Gemas, Temerloh ke Mentakab dan Jalan Loji Air Batu Sawar telah ditenggelami air dan ditutup ketika berlakunya banjir tersebut. Seramai 11,703 mangsa daripada 3,315 dilaporkan di Daerah Temerloh dengan membabitkan 79 PPS.



Pada misi bantuan kali ini, pihak PKSB menfokuskan kepada bantuan pasca banjir kepada mangsa yang terlibat melalui pemberian peralatan dan perkakasan pembersihan selepas banjir serta perkakasan asas memasak seperti dapur gas, cerek air dan periuk nasi elektrik.



Sehubungan itu, jom kita sama-sama menyumbang seikhlas hati, tanpa mengira bangsa atau agama, menghulurkan bantuan kepada mangsa banjir yang tentunya dalam keadaan runsing, gusar dan kebimbangan setelah mengalami bencana banjir di luar dugaan ini.


Allah paling suka


Ini berdasarkan hadis Nabi Muhammad SAW yang bermaksud,


“Wahai Rasulullah SAW, siapakah orang yang paling disukai Allah? Dan amalan apa yang paling disukai Allah?”


Nabi menjawab, “Orang yang paling disukai Allah ialah orang yang paling bermanfaat kepada orang lain. Amalan yang paling disukai Allah ialah kegembiraan yang engkau hadirkan buat seorang muslim, atau engkau angkat kesusahan yang menimpanya, atau engkau langsaikan hutangnya, atau engkau hilangkan kelaparannya. Dengan aku berjalan bersama saudaraku untuk suatu urusannya lebih aku suka daripada dapat beriktikaf di masjid ini selama sebulan.”


(Hadis riwayat at-Thabrani)




Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jan 06, 2022

NAJIHAH ZAINAL

Menyumbang sebanyak RM50.00

Jan 06, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jan 05, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jan 05, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM50.00

Jan 04, 2022

Kempen Sumbangan Tamat