PERSATUAN SAHABAT BERKAT

Dimulakan pada Aug 12, 2022

BANTUAN PEMBEDAHAN ENDOPROTHESIS PUAN NORIZAN

RM30,688 / 63.93 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM48,000

1137 Penyumbang

34 Baki Hari

Kongsi:

Tentang Kempen

Ayuh bersama kita membantu Puan Norizan untuk mendapatkan sebanyak RM30,000 hingga ke RM35,000.00 untuk penukaran tulang besi baru (endoprothesis surgery). Semoga ia dapat memberikan sinar baru.


Puan Norizan Radzuan berusia 32 tahun, ibu kepada 2 orang anak adalah penghidap kanser tulang dimana tulang kaki beliau telah diganti dengan besi pada tahun 2012. Setelah 10 tahun, besi kaki beliau telah patah dan menyebabkan beliau terlantar dikatil sehingga tidak mampu menguruskan diri sendiri, anak-anak dan tidak boleh lagi bekerja untuk menanggung kehidupan seharian.



Lebih-lebih lagi doktor juga menasihatkan beliau untuk banyak berehat bagi mengelakkan perkara lebih buruk terjadi. Suami Puan Norizan merupakan pemandu ‘Grab’ di sekitar daerah Segamat di mana pendapatan suami beliau tidak mencukupi untuk menampung kos bulanan.



Puan Norizan memerlukan bantuan untuk penukaran tulang besi baru (endoprothesis surgery) dengan anggaran kos sebanyak RM30,000 hingga ke RM35,000.00. Dana bantuan dari pihak anda amatlah kami hargai bagi membantu meringankan beban Puan Norizan. Semoga dengan bantuan ikhlas dari anda semua, beliau kembali aktif menguruskan rumah tangga dan membantu suami mencari nafkah. Semoga segala kebaikan anda dibalas ganjaran yang besar oleh Allah SWT.




Rasulullah SAW menjelaskan kelebihan menolong orang lain yang dalam kesusahan, maksudnya: “Sesiapa yang melepaskan satu kesusahan seorang mukmin, pasti Allah akan melepaskan daripadanya satu kesusahan pada hari kiamat. Sesiapa yang menjadikan urusan orang lain mudah, pasti Allah akan memudahkan urusannya di dunia dan di akhirat.” (Hadis riwayat Muslim)".


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM50.00

Nov 10, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Nov 09, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Nov 09, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Nov 09, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Nov 09, 2022