PERTUBUHAN BRIGED PRIHATIN

Aktif sejak Aug 28, 2021

Tentang Penganjur

Kami di Pertubuhan Briged Prihatin dengan kerjasama D’Olive Kitchen telah menjalankan program Pek Makanan Anak Yatim dan Asnaf bermula dari tahun 2020 lagi yang mana kami memfokuskan kepada Rumah Kasih Harmoni yang terletak di Paya Jaras.

Melihat kepada keperluan semasa, kami berhasrat untuk meneruskan program Pek Makanan Anak Yatim & Asnaf ini dengan mensasarkan untuk membantu lebih ramai dalam kalangan pengusaha rumah Anak yatim dan asnaf di negeri Selangor. Program ini akan dilaksanakan setiap minggu dengan menghantar bantuan pek makanan kepada mereka.



Berdepan dengan pandemik ketika ini menyukarkan para pengusaha rumah anak yatim dan asnaf untuk terus menyelenggara dan memastikan kebajikan para penghuni rumah tersebut terjaga. Maka kami mengambil inisiatif untuk turut sama membantu dengan memfokuskan kepada keperluan makanan seperti pek makanan yang telah kami laksanakan.



Semoga dengan sedikit usaha ini dapat meringankan beban mereka yang memerlukan ketika berdepan pandemik ini. Sekalung penghargaan dan jutaan terima kasih buat semua penyumbang yang turut bersama cakna dan prihatin terhadap mereka yang memerlukan. Semoga kita tergolong dalam golongan sepeti yang disabdakan oleh Rasulullah SAW,

"Sebaik-baik manusia di antaramu adalah yang paling banyak manfaatnya bagi orang lain." (Riwayat Bukhari dan Muslim)



No 32, Jalan Flora 2B/2, Bandar Rimbayu, , 42500, Telok Panglima Garang, Selangor, Malaysia
brigadecare@gmail.com
+60187859248
0187859248

Doa-Doa #Penyumbang

MOHD AZRUL HISYAM BIN ISMAIL

1 tahun yang lepas

Doakan kami suami isteri boleh berpindah balik ke Kelantan dari Perak dalam pertukaran guru tahun 2023. Amin..

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

1 tahun yang lepas

Semoga diberkati dunia akhirat..dipermudahkan semua urusan

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

1 tahun yang lepas

Semoga kita semua sentiasa berada dalam rahmat dan lindungan Allah swt. Moga hati kita terpelihara dgn keimanan yg kuat, hati yg bahagia dan agar mendapat keredhaan yg Maha Esa.

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

1 tahun yang lepas

Semoga Allah selamatkan mangsa gempa bumi di Syria & Turkiye. Aamiiin yrb.

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

1 tahun yang lepas

Ya allah,Ya Rahman,Ya Rahim,ampunkan dosa2 kami,dosa kedua ibu bapa kami,keluarga kami,dosa muslimin dan muslimat,kurniakan kebaikan, pelihara kami dri sebarang keburukan di dunia & akhirat.Tempatkan kami di syurga mu tanpa dihisab,kumpulkan kami bersama nabi muhammad s.a.w.Terimalah solat,taubat dan amalan baik kami.Permudahkan urusan kami di dunia dan akhirat.Aameen.

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

RAIHANA AKMAL BT MOHAMAD ARIPIN

1 tahun yang lepas

ya allah kau kurniakanla rezeki seluas lautan & langit buat diriku,keluargaku & semua umat muslimin muslimat,kau mudahkan urusan sepanjang kehamilan & bersalinku ini..aku ingin niatkan pahala sedekah ini buat diriku,suamiku,anak2 ku,kedua ibu bapa & mertuaku,adik beradikku & suamiku,saudara maraku & suamiku yg hidup maupun yg telah pergi,semoga pahala ni berkekalan hingga akhirat nnt..aaminn

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi: