PERSATUAN KEBAJIKAN ISLAM SAUDARA BARU NEGERI KELANTAN

Aktif sejak Oct 04, 2021

Tentang Penganjur

International Islamic Information and Daawah Centre (IIDAC) merupakan sebuah badan NGO, telah ditubuhkan pada 14 Mac 2002 oleh En. Muhammad Michael Bin Abdullah dan beroperasi di Taman Hijau, Jalan Sultanah Zainab, Kota Bharu, Kelantan bertujuan untuk menyebarkan dakwah Islam kepada pelancong bukan Islam dan saudara Islam umumnya.

 

IIDAC bergantung sepenuhnya kepada derma, dana dan sokongan sukarela bagi semua aktiviti dakwah dan pengurusan.

 

IIDAC juga giat menjalankan pelbagai aktiviti seperti street dakwah, lawatan masjid untuk pelancong asing, membantu golongan fakir miskin dan mualaf, sumbangan food bank, latihan menjahit dan memasak untuk saudara baharu serta mengagihkan makanan percuma setiap hari Ahad sehingga Khamis kepada golongan asnaf dan bukan Islam.

 

Alhamdulillah IIDAC telah berjaya membimbing ratusan orang bukan Islam untuk mendekati agama Islam dan muallaf dari pelbagai negara seperti Jepun, Myanmar, Filipina, Laos, Vietnam, Thailand, Australia dan beberapa negara lagi yang terdiri daripada kepelbagaian agama.

 

Beliau telah dianugerahkan Pingat Bakti daripada Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad V serta Anugerah Tokoh Saudara Baru pada tahun 1434H/2012M.

International Islamic Information & Daawah Centre IIDAC Taman Hijau, Jalan Sultanah Zainab , 15000, Kota Bharu, Kelantan, Malaysia
mohganakb@yahoo.com
+60129543085