KELAB BELIA IDEALIS TAWANG

Aktif sejak Jul 09, 2021

Tentang Penganjur

Kelab Belia Idealis Tawang di tubuhkan secara inklusif dari warung jalanan semasa melihat gelagat anak muda yang sedang mundar mandir mencari arah tuju kehidupan pasca menduduki pemeriksaan SPM.Ringkasnya ,beberapa dari kalangam kami mempelawa anak muda beberapa sosok itu membantu kami dalam misi mengagihkan air minuman kepada pelajar maahad memandang pada masa itu berlakunya stress haba yang memuncak.

Namun setelah didaftarkan secara rasmi sekitar Mac 2019,Kelab Belia Idealis Tawang atau nama ringkasannya KEBINTANG mula mengorak langkah pertama membuka pendaftaran kepada belia dari bangsa lain seperti siam dan cina bagi memberi satu isyarat jelas bahawa Kebintang adalah persatuan belia anak malaysia didalam mencapai objektif penubuhan.

Beberapa program telah dianjurkan antaranya ialah

A.bantuan permulaan sesi persekolahan tahun 2020 dengan mengagihkan kit alat tulis bagi murid tahun 1 sebanyak 50 murid dari keluarga B40.

B.Kursus jangka pendek baiki telefon bimbit dengan penyertaan 10 orang belia lepasan spm.

C.Menghantar 25orang mengikuti kursus asas Personnel Binaan Anjuran CIDB WILAYAH TIMUR bagi tujuan pengenalan kepada peluang kerjaya dalam sektor oil and gas.

D.menggerakkan tabung bencana musim tengkujuh memandangkan tawang adalah daerah pesisiran pantai yang terletak didlaam jajahan BACHOK yang sinonim saban tahun akan berlakunya musim ombak besar dan hujan lebat.

Namun begitu ,apabila melanda wabak covid 19 serta telah menjadi sporadik sejak akhir akhir ni,Kebintang seakan sunyi dari mengadakan aktiviti kebajikan serta khidmat masyarakat terutamanya mereka yang tercicir dari pangkalan data  dari agensi kerajaan serta lambakan birokrasi semasa PKP 1.0 .


Lot2911 ,Kg Pondok Beris Kubor Besar , 16050, Bachok, Kelantan, Malaysia
idealistawang@gmail.com
0148282891