Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Muslim Care Malaysia Society (MCM) telah bergerak sebagai sebuah organisasi dengan fokus utama iaitu Dakwah, Perubatan, Kebajikan dan Pendidikan sejak tahun 2006. Bermula dengan sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Malaysia di bawah Seksyen 7 Akta Pertubuhan 1996 dengan nombor pendaftaran PPM-001-10-23062006, kini MCM mempunyai rangkaian di seluruh dunia iaitu di Turki, United Kingdom, Poland, Austria, Palestin, Syria, Yaman, Bangladesh, Nigeria, Chad, Myanmar, Mesir, Indonesia dan Kemboja.
ROSLINA ZAINAL ABIDIN
Allahuakbar, hanya kepada Mu sahaja tempat kami memohon tiada lagi tempat yang lain, kembalikanlah kedaulatan negara Palastin dan penduduk yang beragama Islam yang amat amat tunduk dan tawadduk kepada kekuasaan Mu, mempercayai akan kebenaran dan kebesaran Mu serta mengagungkan takdir baik Mu yang pasti akan berlaku. Engkaulah semulia mulia pencipta di alam ini dan sudah pasti kami amat mencinta Mu
0 orang mengaminkan doa ini