Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Muslim Care Malaysia Society (MCM) telah bergerak sebagai sebuah organisasi dengan fokus utama iaitu Dakwah, Perubatan, Kebajikan dan Pendidikan sejak tahun 2006. Bermula dengan sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Malaysia di bawah Seksyen 7 Akta Pertubuhan 1996 dengan nombor pendaftaran PPM-001-10-23062006, kini MCM mempunyai rangkaian di seluruh dunia iaitu di Turki, United Kingdom, Poland, Austria, Palestin, Syria, Yaman, Bangladesh, Nigeria, Chad, Myanmar, Mesir, Indonesia dan Kemboja.
Hamba Allah
Doakan anakku Eusoff Fahri menjadi anak soleh yang berbakti pada ummah, yang tidak tinggalkan solat dan menjadi penghafal alquran, yang hanya berkata benar, jujur dan amanah. Doakan Kedua ibuku Norliza Jaafar n mertuaku Roudziah Hassan kembali sihat dan pulih dari segala penyakit mereka. Doakan suamiku Mohamad Fithri dipermudahkan segala urusannya mencari nafkah halal, menjauhi maksiat. ameen…
Anda mengaminkan doa ini
Hamba Allah
Ya Allah , selamatkan dan lindungilah saudara2 kami di Palestine, hancurkan musuh2 kami dan zionis laknarullah.. berikan kemenangan kepada kami umat Islam. Berikan kebaikan kepada kami dunia dan akhirat. Himpunkan kami semua dalam syurga mu Ya Allah🤲
Anda mengaminkan doa ini