Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Muslim Care Malaysia Society (MCM) telah bergerak sebagai sebuah organisasi dengan fokus utama iaitu Dakwah, Perubatan, Kebajikan dan Pendidikan sejak tahun 2006. Bermula dengan sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Malaysia di bawah Seksyen 7 Akta Pertubuhan 1996 dengan nombor pendaftaran PPM-001-10-23062006, kini MCM mempunyai rangkaian di seluruh dunia iaitu di Turki, United Kingdom, Poland, Austria, Palestin, Syria, Yaman, Bangladesh, Nigeria, Chad, Myanmar, Mesir, Indonesia dan Kemboja.
NOOR RASYEDEAN BIN HJ. NOR HAMDAN
Ya Allah, ampunilah dosa2 kami, murahkan rezki kami, sihatkan kami setiap hari, angkat & sembuhkan penyakit kami yang kami gusar & cemas dalma diri kami ini, terima lah ibadah kami, permudahkan urusan kami di dunia & akhirat, masukkan kami ke dalam syurga mu tanpa dihisab, jauhi kami dari api neraka mu Ya Allah & seksa di dunia & akhirat. Amiiin ya rab
0 orang mengaminkan doa ini
ALLAHYARHAMAH JUMAH BEE BINTI SHAIK MEERAH
Ya Rahman, Ya Rahim, Ya Wadud, Ya Dzal Jalaliwal ikram... Kau bantulah saudara2 kami di Palestin yang sentiasa dizalimi saban hari oleh Zionist2 laknatullah.. berilah pertolonganMu dan kemenangan kepada mereka. Terimalah sumbangan kami ini untuk membantu mereka dgn ikhlas, Aamiin. Berilah kebaikan, keimanan, ketaqwaan serta limpahkanlah rezekiMu yg halal lg berkat buat kami sekeluarga. Aamiin.
0 orang mengaminkan doa ini