Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Muslim Care Malaysia Society (MCM) telah bergerak sebagai sebuah organisasi dengan fokus utama iaitu Dakwah, Perubatan, Kebajikan dan Pendidikan sejak tahun 2006. Bermula dengan sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Malaysia di bawah Seksyen 7 Akta Pertubuhan 1996 dengan nombor pendaftaran PPM-001-10-23062006, kini MCM mempunyai rangkaian di seluruh dunia iaitu di Turki, United Kingdom, Poland, Austria, Palestin, Syria, Yaman, Bangladesh, Nigeria, Chad, Myanmar, Mesir, Indonesia dan Kemboja.
Hamba Allah
Semoga saya terus menjadi orang baik, orang yang dicintai Allah. Semoga Allah tak biarkan saya berpaling dari Nya. Semoga saya terus-terusan diberikan hidayah, dan mati dalam khusnuk khatimah. Dan semoga usaha pihak penganjur mendapat balasan berganda-ganda dari Allah. Ameen.
Anda mengaminkan doa ini
Hamba Allah
Semoga Allah mengampunkan dosa-dosaku, menjadikanku insan yang terus bertaqwa kepadamu Ya Rabb. Kau angkatkanlah musibah yang berlaku di tanah Gaza dan para penduduknya, permudahkan perjalanan hidup saudara-saudara Islam kami, agar mereka kembali hidup dalam aman sejahtera di bumi-Mu Ya Allah. Amin Ya Rabbal Al Amin.
Anda dan 1 orang mengaminkan doa ini