Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Muslim Care Malaysia Society (MCM) telah bergerak sebagai sebuah organisasi dengan fokus utama iaitu Dakwah, Perubatan, Kebajikan dan Pendidikan sejak tahun 2006. Bermula dengan sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Malaysia di bawah Seksyen 7 Akta Pertubuhan 1996 dengan nombor pendaftaran PPM-001-10-23062006, kini MCM mempunyai rangkaian di seluruh dunia iaitu di Turki, United Kingdom, Poland, Austria, Palestin, Syria, Yaman, Bangladesh, Nigeria, Chad, Myanmar, Mesir, Indonesia dan Kemboja.
Hamba Allah
Ya allah..ampunkan lah seluruh dosa dosa kecil dan besar diri ku,kedua ibu dan bapa ku,ibu dan ayah mertuaku,isteri ku,anak ku,adik beradik ku,adik beradik belah isteri ku,saudara2 ku,dan kaum muslimin dan muslimat yang masih hidup atau yang telah pergi meninggal dunia. Kurniakan lah kami syurga mu dan kurniakanlah kami agar dapat bersama dengan kekasihmu (baginda rasulullah s.a.w ) di akhirat nnt
Anda mengaminkan doa ini
Hamba Allah
Semoga Allah kurniakan kekuatan dan kesabaran buat saudara seislamku yang dizalimi. Moga Allah kurniakan kemenangan buat tentera hamas melawan zionis laknatullah. Semoga Allah menjauhkkan saya dan sahabat baik saya dari segala kesakitan dan perkara yang boleh menghalangi kami dari berbuat 2 tujuan hidup, sebagai abid dan khalifah. Semoga kecederaan tangan saya juga cepat sembuh
Anda mengaminkan doa ini