Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Pertubuhan Mihrab telah ditubuhkan pada Mei 2021 merupakan pertubuhan yang memperjuangkan kebajikan, perubatan, pendidikan serta ekonomi masyarakat setempat, penubuhan pertubuhan ini juga diharapkan sedikit sebanyak dapat membantu meringankan segala kekangan yang dihadapi oleh masyarakat tanpa mengira latar belakang kaum dan agama. Atas faktor tersebut, Mihrab dipilih sebagai nama kepada pertubuhan.
Mihrab melambangkan satu sudut khas di mana semua masyarakat boleh duduk sebumbung di bawah satu komuniti tanpa mengira bangsa dan agama dalam suasana yang harmoni dan bahagia. Mihrab juga melambangkan satu arah di mana matlamat yayasan dikongsi bersama dengan masyarakat untuk dipikul bersama-sama. Kesatuan inilah menjadi tanggungjawab dan amanah yang perlu dibawa oleh Pertubuhan Mihrab.
Jadi, tidak
disangkal lagi bahawasanya Pertubuhan Mihrab ini menjadi simbolik kepada
tanggungjawab yang perlu dipikul bersama-sama oleh masyarakat bagi menjamin
kesejahteraan serta keamanan negara terutamanya.
Buat carian Kempen