PERTUBUHAN DARUL KIFAYAH

Aktif sejak Jul 01, 2021

Tentang Penganjur

Pertubuhan Darul Kifayah merupakan sebuah pertubuhan NGO yang menjalankan aktiviti dakwah dan kebajikan dalam usaha untuk mengembangkan syiar Islam. Dalam usaha ini kami menjalankan beberapa aktiviti program jualan yang diharap dapat membantu menjana dana bagi membiayai program-program dakwah dan kebajikan yang dijalankan antaranya dalam membiayai rumah kebajikan anak yatim dan asnaf Muhaamd Alfateh, Edaran percuma Buku panduan Solat, Jualan Al-Quran Tagging dan Street Dakwah. PDK mengambil pendekatan "Ya'dul Ulya" di mana "Tangan yang memberi adalah lebih baik daripada tangan yang menerima" di mana kami cuba berikhtiar melalui perniagaan agar lebih mampan dalam apa jua keadaan.  Ikuti perkembangan kami di laman sosial FB Pertubuhan Darul Kifayah Malaysia untuk perkembangan semasa.

Produk dan program kami boleh di dapati di https://darulkifayah.onpay.my/

Terima kasih atas segala sokongan yang diberikan.

26-1 Jalan 7/7A, Seksyen 7, , 43650, Bandar Baru Bangi, Selangor, Malaysia
sekretariat.darulkifayah@gmail.com
+60163704869
+60163704869

Doa-Doa #Penyumbang

Hamba Allah

1 tahun yang lepas

Ya Allah semoga dengan berkat sumbanganku ini, Engkau ampunkan dosaku dan dosa ibu bapaku. Kurniakanlah aku nikmat, rahmat dan rezeki yang melimpah ruah serta engkau panjangkan pahala sumbanganku ini kepada ibu bapaku. Jauhkan aku dari keburukan, kemungkaran, wabak, penyakit dan bencana. Semoga perjalanan hidupku, temukanlah aku dengan insan-insan yang baik dan kurniakanlah jodoh terbaik buatku

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

1 tahun yang lepas

Ku wakafkan sedekah ini untuk kedua ibu bapa ku, ahli2 keluarga ku yg telah meninggal dunia serta arwah kedua ibu bapa isteri ku.. semoga berkat dan pahala smpai disana, InsyaAllah. Aamiin..

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

1 tahun yang lepas

Ku wakafkan sedekah ini kedua ibu bapa ku, untuk ahli2 keluarga ku yg telah meninggal dunia serta arwah kedua ibu bapa isteri ku.. semoga berkat dan pahala smpai disana, InsyaAllah. Aamiin..

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

1 tahun yang lepas

Mohon Allah beri syurga tanpa dihisab kepada umat Nabi Muhammad saw

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

2 tahun yang lepas

Jadikanlah pahala ku dan keluarga mengalir sebagaimana mengalirnya air yang digunapakai untuk mereka yang memerlukan..Aamin Ya Allah

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

2 tahun yang lepas

Semoga kami murah rezeki & bahagia serta mati dalam husnul qatimah.. amin

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi: