PERSATUAN KEBAJIKAN NUR EHSAN NEGERI JOHOR

Aktif sejak Jun 08, 2022

Tentang Penganjur

Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor di Tubuhkan pada 16 Jun 2009 dengan matlamat membantu menyediakan tempat perlindungan dan penjagaan kepada golongan warga emas yang terbiar serta insan-insan yang hidupnya melarat dan tidak berwaris. Bertempat di alamat Lot 3353, Mlo 1034, No.3, Jalan Denai 1, Kempas Baru, 81200, Johor Bahru, Johor. Sehingga kini, terdapat 4 buah Pusat Jagaan warga emas dan orang kurang upaya Fizikal dan mental dengan jumlah penghuni keseluruhannya seramai 167 orang penghuni yang bernaung di bawah Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor.


Objektif penubuhan Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor adalah seperti berikut :


1. Menubuhkan dan menguruskan tempat perlindungan bagi orang-orang islam yang terbiar serta fakir miskin yang tidak mempunyai waris yang bertanggungjawab ke atas kebajikan mereka termasuk orang-orang yang cacat anggota dan anak-anak yatim yang terbiar.

2. Memberi perlindungan dan penjagaan kepada Orang Kurang Upaya Fizikal dan Orang Kurang Upaya Mental.

3. Menggalakkan aktiviti-aktiviti kebajikan yang berbentuk material, sosial dan akademik dengan apa-apa cara yang sah di sisi undang-undang.

4. Bekerjasama dengan kerajaan dan pertubuhan-pertubuhan sukarela lain yang berdaftar yang mempunyai tujuan yang sama.


PKNENJ dibarisi 11 orang Ahli jawatankuasa daripada pelbagai daerah bagi membantu gerak kerja persatuan dari segi mencari dana dan menyusun program-program dan aktiviti-aktiviti kebajikan yang melibatkan penghuni-penghuni yang tinggal di Pusat Jagaan, ahli-ahli Persatuan serta masyarakat awam. PKNENJ dikuatkan lagi dengan kekuatan seramai 93 orang ahli seumur hidup yang turut sama membantu PKNENJ mencapai objektif selaras dengan perlembagaan persatuan.


Lot 3353, Mlo 1034, Jalan Denai 1, Kempas Baru, 81200, Johor Bahru, Johor , 81200, Johor Bahru, Johor, Malaysia
nurehsan2007@gmail.com
+60172326415
+60172326415

Doa-Doa #Penyumbang

MOHD MOHASBI BIN MUSA

2 tahun yang lepas

Semoga dipermudahkan semua urusan Dan dikurniakan rezeki yang melimpah ruah kepada semua muslimin Dan muslimat

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

NURUL FATIHAH BINTI ZAINON

2 tahun yang lepas

Bismillah..doakan semoga saya dan seluruh keluarga saya mendapat kebaikkan didunia dan akhirat.aamiin..terima kasih..

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

2 tahun yang lepas

Ya Allah aku berdoa panjangkanlah umurku dgn kedua anakku ibuku keluargaku temanku murahkanlah rezekiku mudahkanlah urusan kewanganku semoga mahathir bin abd majid mencintaiku aku bernikah tahun ni amin..terima kasih

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

2 tahun yang lepas

Doakan saya sihat dan dimurahkan rezeki untuk terus berinfak ke jalan Allah swt.

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

2 tahun yang lepas

Disedekahkan pahala sedekah ini buat kedua orang tua saya semoga Allah ampunkan dosa2 mereka, dilapangkan dan diluaskan mereka dan semoga mereka dimasukkan ke syurga Allah tanpa hisab, juga buat anak-anak saya semoga mereka sentiasa sehat walafiat menjadi anak2 yang soleh dan berjaya dan selamat dunia akhirat

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

HAMBA ALLAH

2 tahun yang lepas

Doakan kami sekeluarga diberikan kesihatan dan di permudahkan segala urusan serta doakan kami agar istiqomah untuk bersedekah kpd yg memerlukan..amin..

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi: