PERSATUAN KEBAJIKAN NUR EHSAN NEGERI JOHOR

Aktif sejak Jun 08, 2022

Tentang Penganjur

Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor di Tubuhkan pada 16 Jun 2009 dengan matlamat membantu menyediakan tempat perlindungan dan penjagaan kepada golongan warga emas yang terbiar serta insan-insan yang hidupnya melarat dan tidak berwaris. Bertempat di alamat Lot 3353, Mlo 1034, No.3, Jalan Denai 1, Kempas Baru, 81200, Johor Bahru, Johor. Sehingga kini, terdapat 4 buah Pusat Jagaan warga emas dan orang kurang upaya Fizikal dan mental dengan jumlah penghuni keseluruhannya seramai 167 orang penghuni yang bernaung di bawah Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor.


Objektif penubuhan Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor adalah seperti berikut :


1. Menubuhkan dan menguruskan tempat perlindungan bagi orang-orang islam yang terbiar serta fakir miskin yang tidak mempunyai waris yang bertanggungjawab ke atas kebajikan mereka termasuk orang-orang yang cacat anggota dan anak-anak yatim yang terbiar.

2. Memberi perlindungan dan penjagaan kepada Orang Kurang Upaya Fizikal dan Orang Kurang Upaya Mental.

3. Menggalakkan aktiviti-aktiviti kebajikan yang berbentuk material, sosial dan akademik dengan apa-apa cara yang sah di sisi undang-undang.

4. Bekerjasama dengan kerajaan dan pertubuhan-pertubuhan sukarela lain yang berdaftar yang mempunyai tujuan yang sama.


PKNENJ dibarisi 11 orang Ahli jawatankuasa daripada pelbagai daerah bagi membantu gerak kerja persatuan dari segi mencari dana dan menyusun program-program dan aktiviti-aktiviti kebajikan yang melibatkan penghuni-penghuni yang tinggal di Pusat Jagaan, ahli-ahli Persatuan serta masyarakat awam. PKNENJ dikuatkan lagi dengan kekuatan seramai 93 orang ahli seumur hidup yang turut sama membantu PKNENJ mencapai objektif selaras dengan perlembagaan persatuan.


Lot 3353, Mlo 1034, Jalan Denai 1, Kempas Baru, 81200, Johor Bahru, Johor , 81200, Johor Bahru, Johor, Malaysia
nurehsan2007@gmail.com
+60172326415
+60172326415

Doa-Doa #Penyumbang

AZIZAH BINTI AHMAD

2 tahun yang lepas

Doakan Azizah binti Ahmad dan Mas Tina binti Mohamed mati dalam husnul khatimah dan dilindungi dari sebarang maksiat.. terima kasih

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

NUR AMALINA BINTI MOHD ZAIN

2 tahun yang lepas

Moga Allah SWT kurniakan kesihatan yang baik dan berikan perlindungan buat para penghuni di Rumah Jagaan Warga Emas Nur Ehsan ini. Doakan jua semoga rezeki saya diberkati dan diperluaskan supaya dapat membantu lebih banyak insan yang memerlukan.

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

2 tahun yang lepas

semoga di permudahkan urusan

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

2 tahun yang lepas

Semoga syafa dipermudahkan urusan jodoh nya dan semoga dia yg bersama syafa sekrang dipermudahkan urusan halalkannya.semoga syafa sentiasa diberikan kesihatan yg baik dan dijauhkan dari segala penyakit dan diluaskan rezeki seluas langitnya dan semoga allah ampunkan dosa kedua org tua nya .semoga segala2nya urusan syafa Allah permudahkan dan berikan jalan terbaik amin

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

2 tahun yang lepas

Doakan syafa’atun zarifah bt hadi mudin dipermudahkan urusan jodohnya,diberikan kesihatan tu uh badan,dikurniakan rezeki yg melimpah ruah dan luas seluasnya langit Allah dn diampunkan segala dosanya .semoga Allah ampunkan dosa kedua org tua nya.dan semoga allah kurniakan rezeki zuriat soleh solehah buat adik saya bersama suaminya.semoga dia yg bersama sya skrg dpermudhkn urusan halalkan saya amin

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

NUR AMALINA BINTI MOHD ZAIN

2 tahun yang lepas

Moga Allah SWT kurniakan kesihatan yang baik dan berikan perlindungan buat para penghuni di Rumah Jagaan Warga Emas Nur Ehsan. Doakan jua semoga rezeki saya diberkati, diperluaskan dan dapat membantu lebih banyak insan yang memerlukan.

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi: