PERSATUAN KEBAJIKAN NUR EHSAN NEGERI JOHOR

Aktif sejak Jun 08, 2022

Tentang Penganjur

Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor di Tubuhkan pada 16 Jun 2009 dengan matlamat membantu menyediakan tempat perlindungan dan penjagaan kepada golongan warga emas yang terbiar serta insan-insan yang hidupnya melarat dan tidak berwaris. Bertempat di alamat Lot 3353, Mlo 1034, No.3, Jalan Denai 1, Kempas Baru, 81200, Johor Bahru, Johor. Sehingga kini, terdapat 4 buah Pusat Jagaan warga emas dan orang kurang upaya Fizikal dan mental dengan jumlah penghuni keseluruhannya seramai 167 orang penghuni yang bernaung di bawah Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor.


Objektif penubuhan Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor adalah seperti berikut :


1. Menubuhkan dan menguruskan tempat perlindungan bagi orang-orang islam yang terbiar serta fakir miskin yang tidak mempunyai waris yang bertanggungjawab ke atas kebajikan mereka termasuk orang-orang yang cacat anggota dan anak-anak yatim yang terbiar.

2. Memberi perlindungan dan penjagaan kepada Orang Kurang Upaya Fizikal dan Orang Kurang Upaya Mental.

3. Menggalakkan aktiviti-aktiviti kebajikan yang berbentuk material, sosial dan akademik dengan apa-apa cara yang sah di sisi undang-undang.

4. Bekerjasama dengan kerajaan dan pertubuhan-pertubuhan sukarela lain yang berdaftar yang mempunyai tujuan yang sama.


PKNENJ dibarisi 11 orang Ahli jawatankuasa daripada pelbagai daerah bagi membantu gerak kerja persatuan dari segi mencari dana dan menyusun program-program dan aktiviti-aktiviti kebajikan yang melibatkan penghuni-penghuni yang tinggal di Pusat Jagaan, ahli-ahli Persatuan serta masyarakat awam. PKNENJ dikuatkan lagi dengan kekuatan seramai 93 orang ahli seumur hidup yang turut sama membantu PKNENJ mencapai objektif selaras dengan perlembagaan persatuan.


Lot 3353, Mlo 1034, Jalan Denai 1, Kempas Baru, 81200, Johor Bahru, Johor , 81200, Johor Bahru, Johor, Malaysia
nurehsan2007@gmail.com
+60172326415
+60172326415

Doa-Doa #Penyumbang

KADIR BIN SHAARI

2 tahun yang lepas

Mohon doa untuk kami sekeluarga dipanjangkan umur dimurahkan rezeki, diberikan kesihatan yang baik, dijauhkan Dari malapetaka Aamiin

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

2 tahun yang lepas

Ya Allah, murahkan dan limpahkan rezekiku dan keluargaku, permudahkanlah segala urusan. Berikan aku jodoh dan zuriat yang baik serta soleh/solehah.

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

2 tahun yang lepas

Semoga sumbangan ini memberi kebaikan dan permudahkan urusan mereka dan saya.

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

2 tahun yang lepas

Semoga sumbangan ini memberi kebaikan dan permudahkan segala urusan mereka dan saya. Aamiin

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

2 tahun yang lepas

Semoga kempen ini banyak membantu warga di sana dan dapat mengumpulkan dana yang banyak serta digunakan 100% dana yang dikumpul hanya untuk warga tua di sana. Semoga amanah dalam menjalankan tanggungjawab. Amin

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

SHIF RIZAL ABD MALIK

2 tahun yang lepas

Ya Allah ya Tuhan kami, kau permudahkanlah urusan kami di dunia dan di akhirat. Kau berkatilah rezeki yang telah dan akan kau berikan kepada kami. Kau rahmatilah dan redhailah segala usaha baik kami serta peliharalah kami daripada melakukan perkara-perkara kemungkaran dan kesesatan. Tabahkanlah hati kami menghadapi ujianmu ya Allah. Aaminn.....

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi: