PERSATUAN KEBAJIKAN NUR EHSAN NEGERI JOHOR

Aktif sejak Jun 08, 2022

Tentang Penganjur

Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor di Tubuhkan pada 16 Jun 2009 dengan matlamat membantu menyediakan tempat perlindungan dan penjagaan kepada golongan warga emas yang terbiar serta insan-insan yang hidupnya melarat dan tidak berwaris. Bertempat di alamat Lot 3353, Mlo 1034, No.3, Jalan Denai 1, Kempas Baru, 81200, Johor Bahru, Johor. Sehingga kini, terdapat 4 buah Pusat Jagaan warga emas dan orang kurang upaya Fizikal dan mental dengan jumlah penghuni keseluruhannya seramai 167 orang penghuni yang bernaung di bawah Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor.


Objektif penubuhan Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor adalah seperti berikut :


1. Menubuhkan dan menguruskan tempat perlindungan bagi orang-orang islam yang terbiar serta fakir miskin yang tidak mempunyai waris yang bertanggungjawab ke atas kebajikan mereka termasuk orang-orang yang cacat anggota dan anak-anak yatim yang terbiar.

2. Memberi perlindungan dan penjagaan kepada Orang Kurang Upaya Fizikal dan Orang Kurang Upaya Mental.

3. Menggalakkan aktiviti-aktiviti kebajikan yang berbentuk material, sosial dan akademik dengan apa-apa cara yang sah di sisi undang-undang.

4. Bekerjasama dengan kerajaan dan pertubuhan-pertubuhan sukarela lain yang berdaftar yang mempunyai tujuan yang sama.


PKNENJ dibarisi 11 orang Ahli jawatankuasa daripada pelbagai daerah bagi membantu gerak kerja persatuan dari segi mencari dana dan menyusun program-program dan aktiviti-aktiviti kebajikan yang melibatkan penghuni-penghuni yang tinggal di Pusat Jagaan, ahli-ahli Persatuan serta masyarakat awam. PKNENJ dikuatkan lagi dengan kekuatan seramai 93 orang ahli seumur hidup yang turut sama membantu PKNENJ mencapai objektif selaras dengan perlembagaan persatuan.


Lot 3353, Mlo 1034, Jalan Denai 1, Kempas Baru, 81200, Johor Bahru, Johor , 81200, Johor Bahru, Johor, Malaysia
nurehsan2007@gmail.com
+60172326415
+60172326415

Doa-Doa #Penyumbang

Hamba Allah

2 tahun yang lepas

Doakan sy dikurniakan kesihatan yg baik urk dpt beribadah dgn sempurna. Dikurniakan rezeki yg melimpah ruah & berpanjangan supaya sy terus menyumbang kpd yg memerlukan

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

ALMARHUM HAJI MD SAID BIN YAHYA / ALMARHUMAH HAJJAH SURATMEE MUSNI

2 tahun yang lepas

Semoga ALLAH SWT mempermudahkan jalan utk penghuni2 rumah ini. Insyaallah ♥️

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

KHATIJAH ABDUL RAHMAN

2 tahun yang lepas

Mohon doa buat Ibu ku, arwahyarhamah Saemah Binte Abdul Karim, Semoga rohnya dicucuri rahmat. Adik rindu mak, semoga Mak² dan Abah² dirumah Nur Eshan sentiasa berada dibawah lindungan Allah swt.

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

2 tahun yang lepas

Semoga Allah swt permudahkan segala urusan kita semua. Doakan saya, suami & keluarga dimurahkan rezeki & dikurniakan zuriat serta kebahagian didunia & akhirat.

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

2 tahun yang lepas

Doakan agar diberikan jodoh yang baik buat saya dan juga semoga saya menjadi anak yang berjasa kepada kedua ibubapa

Anda dan 2 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

2 tahun yang lepas

Ya allah ampunkanlah dosa kedua ibubapaku , diriku dan keluargaku dan masukkan kami ke dalam syurga Mu sembuhkanlah dan hindari penyakit yg saya hadapi ketika ini

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi: