PERSATUAN KEBAJIKAN NUR EHSAN NEGERI JOHOR

Aktif sejak Jun 08, 2022

Tentang Penganjur

Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor di Tubuhkan pada 16 Jun 2009 dengan matlamat membantu menyediakan tempat perlindungan dan penjagaan kepada golongan warga emas yang terbiar serta insan-insan yang hidupnya melarat dan tidak berwaris. Bertempat di alamat Lot 3353, Mlo 1034, No.3, Jalan Denai 1, Kempas Baru, 81200, Johor Bahru, Johor. Sehingga kini, terdapat 4 buah Pusat Jagaan warga emas dan orang kurang upaya Fizikal dan mental dengan jumlah penghuni keseluruhannya seramai 167 orang penghuni yang bernaung di bawah Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor.


Objektif penubuhan Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor adalah seperti berikut :


1. Menubuhkan dan menguruskan tempat perlindungan bagi orang-orang islam yang terbiar serta fakir miskin yang tidak mempunyai waris yang bertanggungjawab ke atas kebajikan mereka termasuk orang-orang yang cacat anggota dan anak-anak yatim yang terbiar.

2. Memberi perlindungan dan penjagaan kepada Orang Kurang Upaya Fizikal dan Orang Kurang Upaya Mental.

3. Menggalakkan aktiviti-aktiviti kebajikan yang berbentuk material, sosial dan akademik dengan apa-apa cara yang sah di sisi undang-undang.

4. Bekerjasama dengan kerajaan dan pertubuhan-pertubuhan sukarela lain yang berdaftar yang mempunyai tujuan yang sama.


PKNENJ dibarisi 11 orang Ahli jawatankuasa daripada pelbagai daerah bagi membantu gerak kerja persatuan dari segi mencari dana dan menyusun program-program dan aktiviti-aktiviti kebajikan yang melibatkan penghuni-penghuni yang tinggal di Pusat Jagaan, ahli-ahli Persatuan serta masyarakat awam. PKNENJ dikuatkan lagi dengan kekuatan seramai 93 orang ahli seumur hidup yang turut sama membantu PKNENJ mencapai objektif selaras dengan perlembagaan persatuan.


Lot 3353, Mlo 1034, Jalan Denai 1, Kempas Baru, 81200, Johor Bahru, Johor , 81200, Johor Bahru, Johor, Malaysia
nurehsan2007@gmail.com
+60172326415
+60172326415

Doa-Doa #Penyumbang

Hamba Allah

2 tahun yang lepas

Ya Allah,ampunkanlah dosanya,ibu ayah & chik.Panjangkan umur mereka & tempatkan disyurga. Lepaskan mrk dari siksa kubur & neraka.Berikan mrk kesihatan yg terbaik & murahkan rezeki.Kurniakan dia & adiknya Suhana jodoh yg terbaik & soleh.Mudahkanlah dia utk mendapat gred yg tertinggi seterusnya dilantik sbg KPPK Unit Menengah & Tingkatan 6.Jadikan mrk org2 yg beriman.Makbulkanlah doa ini Ya Allah.

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

ARMAN ABDUL MOLOK

2 tahun yang lepas

Semoga kita semua sentiasa dalam rahmat dan lindungan Allah dan diberkati. Dengan iklas ya Allah terimalah sumbangan yang termampu In shaa Allah permudahkanlah proses membaik pulih kediaman semua ibu ibu di sana... Aamin Ya Rabb

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

2 tahun yang lepas

Dy sedekahkn rm25 kepada rumah kebajikan org2 tua ini dan sedahkahkn pahalanya pd arwah ibu dn ayah sy amin yrb

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

2 tahun yang lepas

Dy sedekahkn rm25 kepada rumah kebajikan org2 tua ini dan sedahkahkn pahalanya pd arwah ibu dn ayah sy amin yrb

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

2 tahun yang lepas

sahaja aku sedekah bagi diriku, kedua2 arwah ibubapaku, mentuaku, anakku moga dpt menjawab peperiksaan n baik, keluargaku krn Allah Taala.. moga diberi kesihatan yg baik, luaskan rezeki kami utk berinfaq kejalanMu

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

2 tahun yang lepas

Semoga dipermudahkan urusan

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi: