PERSATUAN KEBAJIKAN NUR EHSAN NEGERI JOHOR

Aktif sejak Jun 08, 2022

Tentang Penganjur

Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor di Tubuhkan pada 16 Jun 2009 dengan matlamat membantu menyediakan tempat perlindungan dan penjagaan kepada golongan warga emas yang terbiar serta insan-insan yang hidupnya melarat dan tidak berwaris. Bertempat di alamat Lot 3353, Mlo 1034, No.3, Jalan Denai 1, Kempas Baru, 81200, Johor Bahru, Johor. Sehingga kini, terdapat 4 buah Pusat Jagaan warga emas dan orang kurang upaya Fizikal dan mental dengan jumlah penghuni keseluruhannya seramai 167 orang penghuni yang bernaung di bawah Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor.


Objektif penubuhan Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor adalah seperti berikut :


1. Menubuhkan dan menguruskan tempat perlindungan bagi orang-orang islam yang terbiar serta fakir miskin yang tidak mempunyai waris yang bertanggungjawab ke atas kebajikan mereka termasuk orang-orang yang cacat anggota dan anak-anak yatim yang terbiar.

2. Memberi perlindungan dan penjagaan kepada Orang Kurang Upaya Fizikal dan Orang Kurang Upaya Mental.

3. Menggalakkan aktiviti-aktiviti kebajikan yang berbentuk material, sosial dan akademik dengan apa-apa cara yang sah di sisi undang-undang.

4. Bekerjasama dengan kerajaan dan pertubuhan-pertubuhan sukarela lain yang berdaftar yang mempunyai tujuan yang sama.


PKNENJ dibarisi 11 orang Ahli jawatankuasa daripada pelbagai daerah bagi membantu gerak kerja persatuan dari segi mencari dana dan menyusun program-program dan aktiviti-aktiviti kebajikan yang melibatkan penghuni-penghuni yang tinggal di Pusat Jagaan, ahli-ahli Persatuan serta masyarakat awam. PKNENJ dikuatkan lagi dengan kekuatan seramai 93 orang ahli seumur hidup yang turut sama membantu PKNENJ mencapai objektif selaras dengan perlembagaan persatuan.


Lot 3353, Mlo 1034, Jalan Denai 1, Kempas Baru, 81200, Johor Bahru, Johor , 81200, Johor Bahru, Johor, Malaysia
nurehsan2007@gmail.com
+60172326415
+60172326415

Doa-Doa #Penyumbang

NURUL ‘ATIQAH BINTI LOKMAN

2 tahun yang lepas

saya mendoakan agar segala urusan dpermudahkan utk semua staff dan warga emas nur ehsan & mohon doakan saya juga semoga mndapat zuriat anak perempuan yg sihat sempurna.. inshaAllah.. tq..

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

2 tahun yang lepas

Ya Allah, Kau permudahkanlah urusan pembelian rumah perlindungan warga emas nur ehsan. Kau bahagiakanla ibu2 di sana. Kau permudahkan urusan pengurus n penganjur rumah itu. Kau permudahkan juga anakku Aryssa Marsya mndapat 7A dlm UPSRA n rezekikannya utk belajar di MRSM/SBP. Seungguhnya Kau yg Maha Memdengar n Maha Melaksana. Aamiin yra.

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

KADIR BIN SHAARI

2 tahun yang lepas

Mohon doa untuk kami sekeluarga dipanjangkan umur dimurahkan rezeki diberikan kesihatan yang baik dijauhkan Dari malapetaka..Dan kesembuhan untuk anak kami Dari segala penyakit

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

2 tahun yang lepas

Semoga dipermudahkan urusan 🥺

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

2 tahun yang lepas

Semoga urusan anak2 d permudahkan dan berjaya dalam pelajaran. Dan semoga semua muslimin dan muslimat selamat dari azab dunia dan akhirat.

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

NORINA BINTI MAT LUDIN

2 tahun yang lepas

Semoga segala urusan kita dipermudahkan oleh Nya. Aaminn..

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi: