PERSATUAN KEBAJIKAN NUR EHSAN NEGERI JOHOR

Aktif sejak Jun 08, 2022

Tentang Penganjur

Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor di Tubuhkan pada 16 Jun 2009 dengan matlamat membantu menyediakan tempat perlindungan dan penjagaan kepada golongan warga emas yang terbiar serta insan-insan yang hidupnya melarat dan tidak berwaris. Bertempat di alamat Lot 3353, Mlo 1034, No.3, Jalan Denai 1, Kempas Baru, 81200, Johor Bahru, Johor. Sehingga kini, terdapat 4 buah Pusat Jagaan warga emas dan orang kurang upaya Fizikal dan mental dengan jumlah penghuni keseluruhannya seramai 167 orang penghuni yang bernaung di bawah Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor.


Objektif penubuhan Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor adalah seperti berikut :


1. Menubuhkan dan menguruskan tempat perlindungan bagi orang-orang islam yang terbiar serta fakir miskin yang tidak mempunyai waris yang bertanggungjawab ke atas kebajikan mereka termasuk orang-orang yang cacat anggota dan anak-anak yatim yang terbiar.

2. Memberi perlindungan dan penjagaan kepada Orang Kurang Upaya Fizikal dan Orang Kurang Upaya Mental.

3. Menggalakkan aktiviti-aktiviti kebajikan yang berbentuk material, sosial dan akademik dengan apa-apa cara yang sah di sisi undang-undang.

4. Bekerjasama dengan kerajaan dan pertubuhan-pertubuhan sukarela lain yang berdaftar yang mempunyai tujuan yang sama.


PKNENJ dibarisi 11 orang Ahli jawatankuasa daripada pelbagai daerah bagi membantu gerak kerja persatuan dari segi mencari dana dan menyusun program-program dan aktiviti-aktiviti kebajikan yang melibatkan penghuni-penghuni yang tinggal di Pusat Jagaan, ahli-ahli Persatuan serta masyarakat awam. PKNENJ dikuatkan lagi dengan kekuatan seramai 93 orang ahli seumur hidup yang turut sama membantu PKNENJ mencapai objektif selaras dengan perlembagaan persatuan.


Lot 3353, Mlo 1034, Jalan Denai 1, Kempas Baru, 81200, Johor Bahru, Johor , 81200, Johor Bahru, Johor, Malaysia
nurehsan2007@gmail.com
+60172326415
+60172326415

Doa-Doa #Penyumbang

Hamba Allah

2 tahun yang lepas

Semoga Allah bukakan hati pemilik rumah tu utk wakafkan shj rumah tu utk pusat warga emas

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

NUR DALILA BINTI ZAKARIA

2 tahun yang lepas

Semoga kita semua dlm redha Allah swt .Aamiin..

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

2 tahun yang lepas

Doakan saya diluaskan rezeki lagi agar boleh contribute monthly utk rumah ini.

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

HAMBA ALLAH

2 tahun yang lepas

Semuga kita semua selamat di dunia dan akhirat.

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

2 tahun yang lepas

Semoga apa yg disumbangkan ini pahalanya sampai kepada seluruh ahli keluarga saya ,arwah Che Yahaya bin Nordin,arwah Che Su bin Ismail,arwah Zabedah binti Che Yahaya,Ismail bin Othman,Siti Hajar BT Che yahaya,Mohamad Fiqtri Afiq bin ismail ,Nur iftyliana BT ismail , Muhammad Danial Asfa bin ismail serta mukminin mukminat semuanya..semoga Allah murahkan rezeki kita semua... aamiin3x

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

NORLIZAH SULATIN

2 tahun yang lepas

Doakan saya sembuh dari kanser dan anak Muhammad Adam Haziq sembuh dari depression dan berubah menjadi anak yang berjaya. Aamiin

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi: