PERSATUAN KEBAJIKAN NUR EHSAN NEGERI JOHOR

Aktif sejak Jun 08, 2022

Tentang Penganjur

Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor di Tubuhkan pada 16 Jun 2009 dengan matlamat membantu menyediakan tempat perlindungan dan penjagaan kepada golongan warga emas yang terbiar serta insan-insan yang hidupnya melarat dan tidak berwaris. Bertempat di alamat Lot 3353, Mlo 1034, No.3, Jalan Denai 1, Kempas Baru, 81200, Johor Bahru, Johor. Sehingga kini, terdapat 4 buah Pusat Jagaan warga emas dan orang kurang upaya Fizikal dan mental dengan jumlah penghuni keseluruhannya seramai 167 orang penghuni yang bernaung di bawah Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor.


Objektif penubuhan Persatuan Kebajikan Nur Ehsan Negeri Johor adalah seperti berikut :


1. Menubuhkan dan menguruskan tempat perlindungan bagi orang-orang islam yang terbiar serta fakir miskin yang tidak mempunyai waris yang bertanggungjawab ke atas kebajikan mereka termasuk orang-orang yang cacat anggota dan anak-anak yatim yang terbiar.

2. Memberi perlindungan dan penjagaan kepada Orang Kurang Upaya Fizikal dan Orang Kurang Upaya Mental.

3. Menggalakkan aktiviti-aktiviti kebajikan yang berbentuk material, sosial dan akademik dengan apa-apa cara yang sah di sisi undang-undang.

4. Bekerjasama dengan kerajaan dan pertubuhan-pertubuhan sukarela lain yang berdaftar yang mempunyai tujuan yang sama.


PKNENJ dibarisi 11 orang Ahli jawatankuasa daripada pelbagai daerah bagi membantu gerak kerja persatuan dari segi mencari dana dan menyusun program-program dan aktiviti-aktiviti kebajikan yang melibatkan penghuni-penghuni yang tinggal di Pusat Jagaan, ahli-ahli Persatuan serta masyarakat awam. PKNENJ dikuatkan lagi dengan kekuatan seramai 93 orang ahli seumur hidup yang turut sama membantu PKNENJ mencapai objektif selaras dengan perlembagaan persatuan.


Lot 3353, Mlo 1034, Jalan Denai 1, Kempas Baru, 81200, Johor Bahru, Johor , 81200, Johor Bahru, Johor, Malaysia
nurehsan2007@gmail.com
+60172326415
+60172326415

Doa-Doa #Penyumbang

Hamba Allah

2 tahun yang lepas

Ya Allah ampunkanlah segala dosa2 kedua ibubapaku mok tokleh ayahtiriku, suamiku,ku, mertuaku, adikberadikku serta umat nabi Muhammad, kurniakansuamikusolatdiawalwaktu, bacaAl-quran Dantadaburbykzikirselawatistigfarbuangaifatmlasrajinkerjabljaragamasifattanggungjawab, baginfkahzahirbatinkpdisterinyasygsetiacintarindukpdisterinya,smaradlmrumahtangga,jagalisanjagakebersihandirinya,redhamu yaAllah,

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

2 tahun yang lepas

Ya Allah ampuni lah dosa2 kedua ibu bapa ku.. Tempatkan mereka dalam kalangan orang orang yang beriman..

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

2 tahun yang lepas

Smoga dipermudahkan urusan kita semua dunia dan akhirat

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

ZURAIMY ZAINUDDIN

2 tahun yang lepas

Semoga kita semua dapat bantu sumbangkan kepada pusat jagaan ini dan jika ada pahala sedekah ini saya utk ibubapa saya Amiinn

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

2 tahun yang lepas

May Allah swt ease the progress and may they feel and sleep comfortably soon. Amin in shaa allah.

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

2 tahun yang lepas

Ya Allahyarahmanyarahim engkau hilangkan rasa sakit yg dialami oleh kedua orgtua q. Engkau permudahkn la perjalanan dunia akhirat mereka. Ya Allah engkau permudahkn la rezeki kmi sekeluarga dan engkau kuatkn hati kmu supaya kmi sentiasa mnjaga ibupapa kmi dan engkau bukakn hati untk selalu bersedekah dan sentiasa mnjga solat kmi. Aminyarabbalalamin .

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi: