Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) adalah organisasi bukan kerajaan (NGO) yang berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) ditetapkan dibawah Seksyen 2, Akta Pertubuhan 1966.
Ia ditubuhkan pada Jun 1997 diatas inisiatif sekumpulan aktivis yang mahukan perubahan dalam landskap kepenggunaan Islam.
Walaupun Perlembagaan Persekutuan Perkara 3(1) telah mengiktiraf Islam sebagai agama rasmi, namun wujud banyak faktor yang menjejaskan kepentingan pengguna Islam terutamanya dalam isu halal & syariah.
Berteraskan moto “Bersama Kembalikan Hak & Maruah Dengan Bijaksana”, maka lahirlah sebuah perjuangan yang inshaaAllah ikhlas diterajui oleh aktivis masyarakat, ilmuan agama & individu profesional yang prihatin dengan masa depan pengguna Islam Malaysia.
Antara isu yang telah diperjuangkan adalah berkaitan dengan halal / haram, penganiayaan, ketidakadilan, kemungkaran dan kekejaman terhadap pengguna Islam.
Berdasarkan sejarah perjuangan tersebut, PPIM kini diiktiraf umum disamping berjaya mendesak serta melaksanakan perubahan dalam landskap kepenggunaan Malaysia. InshaaAllah.
NORAINI BINTI CHE PA
Semoga family saya bahagia taat perintah Allah dan Rasul.sentiasa rajin solat&baca al-quran.murahkan rezeki kami jauhkan dari malapetaka.jadikan anak² kami yg sopan santun berakhlak baik dan terang hati cemerlang di dunia&akhirat amin
0 orang mengaminkan doa ini
HAZUAN
Ya ALLAH Ya RAHMAN Ya RAHIM. Ampuni dosa² ku Ya ALLAH kerana lemahnya iman ku. Diri ini sering lupa akn nasib saudara²ku di Palestin. Wahai dzat yg Maha Gagah, Dzat yg menjadikan langit & bumi, ku bermohon kpd mu Ya ALLAH agar diberikan keselamatan kpd rakyat Palestin. Hantarkanlah tentera² Mu Engkau binasaknlah musuh² kami. Sesungguhnya hanya kpd Mu kami memohon pertolongan.
0 orang mengaminkan doa ini