Persatuan Pengguna Islam Malaysia

Aktif sejak Jul 28, 2020

Tentang Penganjur

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) adalah organisasi bukan kerajaan (NGO) yang berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) ditetapkan dibawah Seksyen 2, Akta Pertubuhan 1966.


Ia ditubuhkan pada Jun 1997 diatas inisiatif sekumpulan aktivis yang mahukan perubahan dalam landskap kepenggunaan Islam.    


Walaupun Perlembagaan Persekutuan Perkara 3(1) telah mengiktiraf Islam sebagai agama rasmi, namun wujud banyak faktor yang menjejaskan kepentingan pengguna Islam terutamanya dalam isu halal & syariah.


Berteraskan moto “Bersama Kembalikan Hak & Maruah Dengan Bijaksana”, maka lahirlah sebuah perjuangan yang inshaaAllah ikhlas diterajui oleh aktivis masyarakat, ilmuan agama & individu profesional yang prihatin dengan masa depan pengguna Islam Malaysia.


Antara isu yang telah diperjuangkan adalah berkaitan dengan halal / haram, penganiayaan, ketidakadilan, kemungkaran dan kekejaman terhadap pengguna Islam.


Berdasarkan sejarah perjuangan tersebut, PPIM kini diiktiraf umum disamping berjaya mendesak serta melaksanakan perubahan dalam landskap kepenggunaan Malaysia. InshaaAllah.



70X, Jalan Keramat Hujung, Bukit Keramat. 54000 Kuala Lumpur. , 54000, Kuala Lumpur, Kuala lumpur, Malaysia
sumbangan@ppim.org.my
+603-4256 6618

Doa-Doa #Penyumbang

NORHASLINA IBRAHIM

4 tahun yang lepas

Ya Allah, ko permudahkan usaha mereka untuk membantu orang2 yg susah. Ko berikan la rezeki dalam pelbagai bentuk kepada ku sekeluarga. Amin.

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

MAZLAN BIN MASTAN

4 tahun yang lepas

Ya Allah mohon rahmat perlindungan Mu dari azab kubur dan siksa api neraka

1 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

MARIAH GHAZALI

4 tahun yang lepas

Ya allah ampunilah dosa kedua ibu bapaku. Masukkan mereka kesyurga firdausmu. Limpahilah aku rezeki seluas langit dan lautan. Terima kasih ya allah. Aamiin aamiin aaminn yrba.

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

NORUL JANAH

4 tahun yang lepas

Ya Allah kurniakan kami umur yang panjang, rezeki berlimpahan serta tubuh badan yang sihat tanpa penyakit agar kami istiqamah dalam memberi dan melakukan kebaikan. Allahumma Ameen

Anda dan 2 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

4 tahun yang lepas

Ya Allah luaskanlah rezekiku. Jadikanlah aku jutawan yg dermawan dunia akhirat.

Anda dan 1 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

NOR HAIDA AHMAD

4 tahun yang lepas

Ya Allah Aku Mohon diampunkan segala dosaku ya Allah...semoga Aku dikurnia dgn kesihatan yg baik, dikurnia dgn sebaik penyembuhan yg kekal serta termakbul segala impian dan dikurnia husnul khotimah

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi: