Persatuan Pengguna Islam Malaysia

Aktif sejak Jul 28, 2020

Tentang Penganjur

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) adalah organisasi bukan kerajaan (NGO) yang berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) ditetapkan dibawah Seksyen 2, Akta Pertubuhan 1966.


Ia ditubuhkan pada Jun 1997 diatas inisiatif sekumpulan aktivis yang mahukan perubahan dalam landskap kepenggunaan Islam.    


Walaupun Perlembagaan Persekutuan Perkara 3(1) telah mengiktiraf Islam sebagai agama rasmi, namun wujud banyak faktor yang menjejaskan kepentingan pengguna Islam terutamanya dalam isu halal & syariah.


Berteraskan moto “Bersama Kembalikan Hak & Maruah Dengan Bijaksana”, maka lahirlah sebuah perjuangan yang inshaaAllah ikhlas diterajui oleh aktivis masyarakat, ilmuan agama & individu profesional yang prihatin dengan masa depan pengguna Islam Malaysia.


Antara isu yang telah diperjuangkan adalah berkaitan dengan halal / haram, penganiayaan, ketidakadilan, kemungkaran dan kekejaman terhadap pengguna Islam.


Berdasarkan sejarah perjuangan tersebut, PPIM kini diiktiraf umum disamping berjaya mendesak serta melaksanakan perubahan dalam landskap kepenggunaan Malaysia. InshaaAllah.



70X, Jalan Keramat Hujung, Bukit Keramat. 54000 Kuala Lumpur. , 54000, Kuala Lumpur, Kuala lumpur, Malaysia
sumbangan@ppim.org.my
+603-4256 6618

Doa-Doa #Penyumbang

Hamba Allah

7 bulan yang lepas

Semoga dipermudah segala urusan saudara2 ku dipalastine...dan juga dgn barakah sedekah ku pada hari jumaat yg mulia ini Allah sampaikan pahalanya kepada arwah ayahku Abdul Hamid haji Hashim dan ibuku jamaayah haji mat Ali..dan juga pahala nya utk anak2 ku dan juga diriku sendiri ..Amin ya Rabbal Alamin

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

7 bulan yang lepas

Ya Allah ku mohon redhomu, dn seluruh umat Nabi Muhammad SAW.

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

7 bulan yang lepas

Semoga Allah memberi kemenangan kepada Palestine suatu hari nanti. Ya Allah, kuatkan lah mereka

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

7 bulan yang lepas

Ya Allah, aku berinfak keranaMu. Ya Allah jadikan lah asbab aku berinfak ini anak2 aku jadi anak yang soleh,solehah,hebat di dunia dan di akhirat, menjadi pejuang agama Mu dan mendapat syahid di jalan agama Mu

Anda dan 1 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

7 bulan yang lepas

Doakan semoga dpt menyumbang lagi

Anda mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi:

Hamba Allah

7 bulan yang lepas

Terima Kasih Allah

0 orang mengaminkan doa ini

Aamiin

Kongsi: