Peranan Dan Tanggungjawab

Sumbangan.com

Umum

  1. Menyediakan maklumat yang lengkap bagi rujukan semua pihak (soalan lazim serta terma & syarat).
  2. Bahagian khidmat pelanggan boleh dihubungi dengan mudah di talian (019-447 5555) atau emel ([email protected]).

Peranan & Tanggungjawab sumbangan.com Kepada Penganjur

  1. Menyediakan platform sumbangan atas talian bagi kemudahan penganjur kempen sumbangan (Pertubuhan Kebajikan / NGO) untuk menerima sumbangan dari para pengguna internet.
  2. Menyalurkan dana sumbangan terkumpul kepada penganjur kempen secara berkala (mingguan).
  3. Menyediakan laporan & rumusan terperinci bagi setiap kempen yang dianjurkan.
  4. Memudahkan proses pendaftaran & penganjuran kempen sumbangan (3 hari berkerja).
  5. Memastikan platform sumbangan sentiasa aktif.
  6. Menghantar notifikasi status perkembangan kempen dari masa ke semasa.
  7. Memastikan ketelusan sistem & tiada kebocoran maklumat penyumbang.
  8. Menghantar laporan mingguan kempen melalui emel.

Peranan & Tanggungjawab Penganjur Kempen Di sumbangan.com

  1. Menyediakan maklumat sahih, lengkap & telus berkaitan kempen yang dianjurkan.
  2. Menghasilkan kandungan (tajuk, penulisan, gambar & video) kempen yang menarik, jelas & mudah difahami.
  3. Melakukan hebahan kempen dikalangan jaringan kenalan, media sosial, media cetak & sebagainya.
  4. Mempromosi kempen yang dianjurkan secara berterusan sehingga kempen mencapai sasaran / tamat.
  5. Memastikan matlamat penganjuran kempen sumbangan dilaksanakan sepenuhnya
  6. Menyediakan laporan terkini (mingguan) yang telus bagi perbelanjaan dana sumbangan & status matlamat kempen.

Penganjur

Sebelum Melakukan Kempen

  1. Apa sumbangan.com?
    Sumbangan.com adalah platform pengurusan sumbangan digital yang menghubungkan antara pemohon dan penyumbang secara atas talian. Sumbangan.com diwujudkan untuk membantu organisasi yang memerlukan dana secara telus, sistematik dan mudah kepada pemohon mahupun kepada penganjur.

  2. Adakah sumbangan.com boleh memberikan dana secara tunai?
    Sumbangan.com hanya menerima sumbangan secara atas talian melalui kempen yang telah dilakukan oleh pihak penganjur.
    Kejayaan sebuah kempen dalam mencapai jumlah sasaran adalah bergantung kepada penganjur kempen dari segi kualiti maklumat, serta jaringan promosi dan hebahan yang dilakukan.

  3. Adakah kempen saya akan berada di papan utama / homepage sumbangan.com?
    Penganjur kempen boleh memaparkan kempen mereka di papan pemuka utama / homepage sumbangan.com atas permintaan serta penilaian yang diberikan oleh pihak sumbangan.com berdasarkan kualiti, jumlah dana serta bantuan kecemasan yang diperlukan.

  4. Adakah sumbangan.com mempunyai sistem ganjaran kepada pihak ketiga?
    TIDAK. Setiap kempen individu yang didaftarkan di bawah mana-mana NGO tidak akan mendapat sebarang ganjaran imbuhan.

Cara Mendaftar Kempen

  1. Bagaimana saya hendak mendaftar dan membuat kempen?
    Pengguna boleh akses ke sumbangan.com dan klik pada halaman daftar untuk mendaftar. Untuk pendaftaran akan terbahagi kepada 2 kategori dan jika pemohon ingin mendaftar sebagai penganjur perlu klik di bahagian pemohon dan jika penganjur ingin menderma perlu klik pada bahagian penyumbang.

  2. Bila pendaftaran saya akan diluluskan?
    Setiap pendaftaran akan disemak oleh pihak sumbangan.com dan kelulusan akan mengambil masa selama 3 hari waktu berkerja. Pihak sumbangan.com akan menghubungi pihak pemohon untuk sebarang persoalan serta semakan permohonan dengan lebih lanjut.

  3. Adakah pihak sumbangan menyediakan panduan kepada setiap pendaftaran?
    YA.

  4. Apa maklumat serta dokumen yang diperlukan oleh sumbangan.com?
    Penganjur:
    1. Sijil Pendaftaran Organisasi / Pertubuhan
    2. Akaun Kepala Bank
    3. Maklumat Organisasi
    Penyumbang: Hanya perlu mengisi butiran seperti yang tertera di laman web sahaja.

  5. Adakah saya boleh mengubah maklumat kempen yang telah berjalan di platform sumbangan.com ?
    TIDAK. Segala perubahan besar perlulah dimaklumkan dahulu kepada pihak sumbangan.com.

  6. Adakah pihak sumbangan.com menyediakan contoh penulisan kepada pihak penganjur?
    YA, pihak sumbangan akan menyediakan contoh bagi memudahkan pihak penganjur dari segi penulisan umum untuk membuat kempen. Harus diingatkan, ini adalah contoh tetapi pihak sumbangan berharap agar pihak penganjur dapat menyediakan penulisan yang lebih menarik dan jelas.

Cara Untuk Pihak Penganjur Mencapai jumlah Sasaran

  1. Kunci Kejayaan Penganjur Dalam Mencapai Jumlah Sasaran?
    Diingatkan kepada penganjur kempen, sumbangan.com hanyalah satu platform dalam membantu penganjur mengadakan kempen secara atas talian. Kejayaan sebuah kempen itu bergantung kepada dua faktor:
    1. Hebahan: Melakukan hebahan kempen dikalangan jaringan kenalan, media sosial, media cetak & sebagainya.
    2. Kualiti Konten: Penulisan serta gambar yang menarik akan mampu menyentuh hati warga net untuk turut serta menderma.
    Oleh itu, penganjur harus memberi fokus yang tinggi kepada dua faktor di atas bagi menjayakan kempen mengikut sebelum tarikh kempen berakhir.

  2. Cara untuk membuat hebahan melalui media sosial yang disediakan?
    Anda boleh memilih jaringan aplikasi yang telah disediakan dan tekan kepada “kongsi link” untuk hebahan.

  3. Adakah sumbangan.com mempunyai aplikasi di telefon?
    Buat masa kini, sumbangan.com masih belum mempunyai aplikasi dan anda boleh menyumbang di website: sumbangan.com.

Pertanyaan Umum

  1. Adakah NGO boleh membuat kempen di platform sumbangan.com?
    YA, sumbangan.com akan memberi kelulusan pendaftaran sekiranya NGO yang berdaftar memiliki syarat yang telah ditetapkan.

  2. Adakah individu boleh membuat kempen?
    YA, tetapi harus bernaung di bawah NGO yang berdaftar kepada sumbangan.com

  3. Bagaimanakah individu membuat kempen jika ia tidak terlibat mana-mana NGO?
    Pihak sumbangan.com akan menghubungkan individu yang tidak memiliki keterlibatan terhadap mana-mana NGO kepada NGO terkait ketika ia mengajukan kempen.

  4. Adakah kesemua dana yang dikumpulkan oleh NGO tersebut akan pergi ke akaun NGO?
    YA. Setiap NGO boleh melakukan beberapa kempen dan sumbangan akan disalurkan secara terus kepada akaun NGO tersebut. Pihak NGO akan mengagihkan wang sumbangan yang diterima kepada pihak penganjur.

  5. Adakah perlu pihak penganjur memberi laporan kemaskini terbaharu berkaitan sumbangan yang telah diagihkan?
    YA, hal ini adalah perlu untuk pihak penyumbang mengetahui ke mana dan siapa antara penerima sumbangan. Antara yang perlu disediakan oleh penganjur adalah:
    1. Ucapan terima kasih kepada penyumbang
    2. Gambar bantuan yang telah disalurkan sebagai laporan
    3. Perincian kepada dana yang diberikan agar penyumbang jelas dan nyata terhadap sumbangan mereka.

  6. Mengapa laporan yang saya berikan ditolak oleh pihak sumbangan?
    Maklumat yang tidak lengkap serta sahih akan ditolak oleh pihak sumbangan. Hal ini adalah, demi menjaga ketirisan maklumat yang disampaikan.

  7. Berapa lama wang pembayaran / settlement akan dikreditkan ke dalam akaun penganjur?
    Wang pembayaran / settlement akan dikreditkan kepada penganjur seminggu sekali.

  8. Apa akan terjadi sekiranya kempen yang dilakukan oleh penganjur tidak mencapai jumlah sasaran yang telah ditetapkan?
    Pihak sumbangan akan tetap memberikan jumlah wang sumbangan yang terkumpul melalui platform dan kempen tersebut akan ditamatkan mengikut kepada tarikh yang telah ditetapkan.

Sumbangan.com

Untuk Integriti.
Henti Eksploitasi & Manipulasi.
Platform yang menghubungkan penyumbang dengan pihak yang memerlukan sumbangan.

Hubungi Kami

Gerbang Sumbangan Sdn Bhd
Unit 11-2, Block 1C, Wangsa Maju,
Jalan Wangsa Delima 12, Seksyen 5,
53300 Wangsa Maju, Kuala Lumpur

+6019-4475555

Emel: [email protected]