KELAB JELAJAH KUALA LUMPUR

Dimulakan pada Jul 08, 2022

KEMPEN HARGAI PETUGAS BARISAN HADAPAN

RM570 / 0.88 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM65,000

34 Penyumbang

85 Baki Hari

Kongsi:

Tentang Kempen

Petugas barisan hadapan telah banyak bekorban untuk rakyat. Tiba masa kita hargai mereka. Ayuh beri sumbangan anda.


Sudah hampir dua tahun kita berhadapan dengan situasi Covid-19. Petugas-petugas barisan hadapan telah menjadi tulang belakang bagi memastikan negara kita berada dalam keadaan yang terkawal. Kelab Jelajah Kuala Lumpur (KJKL) terpanggil untuk menjalankan kempen memberikan bantuan kepada mereka.



Kempen ini dibuat sebagai usaha kita cuba membantu apa yang boleh meringankan beban petugas barisan hadapan yang masih terus berjuang. Ia juga bertujuan untuk mengumpul dana untuk menyantuni petugas barisan hadapan yang kini terus berjuang membantu masyarakat Malaysia melawan Covid-19.



Kempen ini juga memberi peluang kepada rakyat Malaysia untuk menyampaikan penghargaan kepada petugas barisan hadapan dalam memerangi penularan pandemik Covid-19. Rakyat Malaysia boleh menzahirkan penghargaan itu dengan memberikan sumbangan melalui platform sumbangan.com.



Bantuan infaq rezeki akan dihantar kepada petugas barisan hadapan di lokasi ditetapkan di sekitar Lembah Klang seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM). Pihak kami akan menyerahkan sumbangan pek makanan kepada para petugas.



Ini merupakan salah satu cara untuk menghargai peranan dimainkan petugas barisan hadapan dalam memerangi wabak COVID-19. Orang ramai yang mahu menderma boleh melakukannya dengan jumlah termampu sama ada RM1 hingga RM10, tetap diterima kerana paling utama niat ikhlas untuk sumbangan melalui platform sumbangan.com InsyaAllah.



Nabi Muhammad S.A.W. bersabda yang maksudnya: “Sesiapa yang melepaskan satu kesusahan seorang Mukmin, pasti Allah akan melepaskan daripadanya satu kesusahan pada hari kiamat. Sesiapa yang menjadikan urusan orang lain mudah, pasti Allah akan memudahkan urusannya di dunia dan di akhirat.” (Hadis riwayat Muslim).


Jom #BuatBaik!


Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Oct 06, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Oct 03, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM25.00

Oct 03, 2022

NOOR AFIQA BINTI JAMAN

Menyumbang sebanyak RM30.00

Sep 30, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Sep 27, 2022